Wednesday, August 16

Betapa Mencabarnya Bila Dah Gemuk , Makan Masa Untuk Kembali ke asal 'KURUS' 50KG

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Image may contain: 1 person, smiling, outdoor

Aduhai , wah awal-awal dah mengeluh. Nampak sangat tak tajuk tu memang ada kaitan dengan artikel ni. Bukan main-main baq hang. Aduhai , dulu berat hanyalah 50kg macam tu. Semua baju boleh pakai. Baju kebaya segala skirt dengan legging memang gempak lah time tu. Nak throwback balik. Umur time tu baru je , Form 3 till form 5 lepas tu kembali berisi semula. Lepas tu back to 60KG nampak gemuk la time tu. Diet tapi kejap je tahan. 


Sekarang dah umur 22 tahun. Orang cakap masih kuat lagi , kalau diet mesti cepat turun. ACtually bagus sangat kalau korang minum herbalife bagi yang awal-awal sebab awal-awal kita nak diet nak cover pemakanan kita daripada makan je benda-benda yang berlemak atau manis.


UJIAN BESAR

 Memang bila kita dah set our mind kita nak diet , ujian tu makin besar. Lets say , kita dalam proses diet.. Kita akan rasa semua benda kita nak rasa nak makan. Kek la , mcd la , kfc la , semua benda lah.. Tapi yang main tu adalah semua makanan tu. Boleh je nak makan tapi pilih lah yang boleh hadam cepat macam ayam ke, macam protein tuu.. ambil yang tulang-tulang sekadar isi perut. Kek pon boleh , kuantiti sikit lah. Tapi logiknya mana lah boleh time beli tu suruh potong untuk rasa je. Pandai - pandai la beli share dengan kawan ke adik ke. Tapi telan air liur la jugak bila dapat rasa je.


SEMANGAT / REFERENCE

Semangat tu kena kuat , kalau tak kuat mungkin sebulan tak turun berat pun korang give up rasanya. Memang ujian tu besar. Bila tak boleh nak teruskan. Fikir balik kalau give up pon korang akan makan balik. tak rugi ke selama sebulan korang telan air liur je orang makan sedap-sedap. Tak penat ke workour berzumba dan korang balik kepada 100 kg balik. Tak kisah la kalau sebulan 2 kg pon bagus lah. At least korang dah tak tambah KG tapi korang dah lost KG. 


DUIT DAN PRODUK

Ni masalah yang orang selalu jadikan alasan. Macam nil beli herbalife , harganya sebenarnya boleh mampu milik dan jadi income semula untuk korang kalau kurus. Lagi satu bila sebut produk je , memang Nil tak akan percaya. Sebab setengah orang kurus dengan benda lain , mungkin diet atau workout lepas tu mention diorang guna produk tu. Kita dapat tahu orang tu memang pengguna atau tak. Kalau dia asyik up produk macam macam , dia tak stick pada satu. Berkemungkinan dan sendiri faham la.. agenda tu ahhaa.

Tak tahu la nak cakap camne , apa yang pening kita sendiri kena usaha sendiri. Lemak takkan hilang selagi kita tak usaha hilangkan. Nil recommend macam produk herbalife sebab ni bukan sejenis kapsuk atau produk yang telan-telan dah kurus. Bukan eh, nutrition herbalife tu adalah pegganti makanan. Memang korang boleh tahan lapar dan sehari 1 meal sahaja. Sebab pagi dah breakfast dengan shake yang macam aiskrim tu lepas tu skip 4 jam baru makan meal. Nasi small portion , sayur dan lauk ayam atau ikan. Haaa memang gempak lah kalau tak skip 2 liter air sehari. Nil stop kejap sbb dah ok dah  , lepas diet sebulan dengan herbalife. Nak teruskan sebab boleh kurus. Tapi student life , banyak guna duit. Memang bagus la.. actually.

Ikut hati nak je beli lagi.


WORKOUT





Perlu ke workout ? Boleh je tapi make sure korang dah disiplin dengan makanan. Sebulan lepas diet dengan baik , baru korang boleh start pulak dnegan workout supaya korang tak tertekan dan cepat lapar serta ikut nafsu je lepas tu. Yelah kalau nak workout tak boleh kejap2 berhenti. Mean seminggu je pastu seminggu lagi tak pun.. atau dua tiga minggu stop. Nanti tak disiplin , yang edua nafsu makan tu akan naik mendadak. Jadi jangan skip 2 liter sebulan , pastikan habiskan sebotol setakat mampu... pastikan 1 liter atau 2 atau 3 lagi bagus. Kulit pun makin cantik..

Seminggu workout tak bermaksud every 7 day macam Nil , ada kelas 3 hari seminggu. Bila cuti pagi Nil akan pasang zumba dance atau tabata dance... Memang layan sorg2 dekat ruang tamu. Berpeluhh.. kalah joging. Lagi bagus sebenarnya. Nil takde geng nak ajak jogging every time, sometimes je.. Jadi Nil buat sorang sorang je dalam rumah. Kahkah. Nak g gym duit lagi.. lepas tu sehari je RM10 2 JAM workout macam tak berbaloi.. Terpulang la.. sebab tak selalu pon walk in atau bayar per month,..


REFERENCE


Lupa nak cakap pasal ni , Nil selalu hilang semangat tu. Nil akan tengok instagram. Banyak girl-girl cun dan badan diorang fit .. Model model muslimah.. Nil tanamkan nak macam diorang. Dan semangat tu semakin berkobar tak pernah luntur. Alhamdulillah...

Korang pon kena tengokk youtube.. Ada freelatic running.. woww thats great sebab diorang hanya workout dan slim... Huishh gempak la... Hebatlaaaa


Kena tengok semua tu supaya kita semangat. Before after diorang...



Pencarian 'PELAKON @ PENYANYI' Syiok TV

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim



Hai sebelum ni ramai je yang inbox , pm tanya .. Drop komen macam mana nak jadi pelakon ? ada yang tanya Nil .. Nil hanya dapatkan sebarkan benda baik je. Maklumat yang korang perlukan. He , bab-bab lakonan selagi belum ada production sendiri .. Eh ahahhaha , kemain. Tak salah pon berangan sebenarnya. Akan jadi kenyataan  , mana tahu kan.  Syiok TV ? Siapa punya ??



Image may contain: 2 people, beard and text


Sesi ujibakat Syiok TV diteruskan lg, kita dh setel utk pencarian 'Comedian' , 'Host' & 'Pelakon & Host Kanak²' . 

Pada minggu ini adalah pencarian 'PELAKON & PENYANYI' untuk stesen terbaru kami Syiok TV yg akan dilancarkan tidak lama lagi.. . 

Pada 19 & 20 Ogos (sabtu&ahad). Pukul 12pm sehingga 8pm di Afdlin's Comedy Planet Kuala Lumpur, level 3 great eastern mall, jalan ampang. 

First come first serve basis. 8pm sharp kami stop audition.


SYARAT² AUDITION:
 👉warganegara Malaysia
 👉lelaki or perempuan berumur tidak kurang daripada 18 tahun 
👉SPORTING!! klau stakat q 3jam pun dh meroyan mekap cair, susuk tcabut memang sedeyy
 👉anda bole pilih audition utk Pelakon ATAU Penyanyi ATAU Kedua²nya skali
👉utk sesi audition penyanyi sila bawa MINUS ONE sendiri dlm bentuk CD or pendrive.. kaset xdilayan
👉bole bawa instrumen sendiri (akustik/unplugged) ONLY
👉utk audition Pelakon, bole bw skrip sendiri..jika tiada bole guna skrip yg kami sediakan nanti
👉maksimum 7 MINIT per audition
👉Sila bawa 2 keping gambar xkira apa ukuran skalipun yg paling cun
#pencarianpelakonpenyanyisyioktv #syioktvbermula Dato Ac Mizal Dac@syioktv @afdlinshaukiofficial @afdlinscomedyplanet jumpa di sana registration bermula pukul 11 pagi & ditutup pukul 3pm


NAK DIRECT INFO TERUS KE ?

SILA KE GROUP FACEBOOK. KLIK GOING kalau nak pergi. Boleh tanya apa-apa pon dekat situ.


Thursday, August 10

OPEN ORDER NOVEL #JEJAKKARMILA #NILAMHIMAWARI

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


SINOPSIS JEJAK KARMILA DAN JUGA BAB 1 #JEJAKKARMILA #NILAMHIMAWARI RM22 TAK TERMASUK POSTAGE


Boleh baca di WATTPAD




Kisah ini lebih memaparkan pengertian kasih sayang di dalam sebuah keluarga yang telah terpisah sekian lama. Namun berkat redha dan doa yang mendalam tanpa rasa jemu dan tanpa mengenal erti putus asa, mereka diketemukan semula dalam suasana mahligai yang telah terbina satu persatu tanpa diduga.

Karmila yang dipenjarakan akibat membunuh tanpa niat suaminya Karim, telah menjalani kehidupan yang meninggalkan kesan mendalam titik hitam dalam hidupnya. Lima belas tahun terpisah dengan dua cahayamata kesayangannya iaitu Suraya dan Nonie sepanjang menjalani kehidupan di balik pintu besi. Walaupun hanya beberapa ketika mendapat perkhabaran dari Syed Hamidi yang tidak dikenalinya telah memberi pendidikan dan kasih sayang yang sempurna kepada anaknya Nonie, Namun kekusutan hidup tetap bergelora di mindanya apabila memikirkan Suraya yang tiada sebarang perkhabaran.


Namun di sebaliknya, Suraya juga tidak berputus asa mengesan ahli keluarganya walaupun sudah bekerjaya sebagai seorang wartawan. Pelbagai rintangan yang terpaksa dilalui oleh Suraya dalam usahanya mencari adik dan ibunya. Sehinggalah Suraya bertemu dengan seorang jejaka yang telah menemukannya dengan adiknya Nonie. Syed Haikal merupakan seorang yang berjawatan tinggi telah bertemu Suraya ketika sesi sidang akhbar pelancaran projek syarikatnya.


Konflik tercipta oleh apabila Nonie yang tidak mengenali Suraya telah mencemburui hubungannya dengan abang angkatnya Haikal. Pertemuan penuh dramatik ini amat menyentuh perasaan apabila secara tidak diduga telah merungkai hasrat tiga jiwa yang dibawa oleh keluarga Syed Hamidi, Syed Haikal dan Syarifah Aniza.


Maka terciptalah mahligai baru di dalam hidup Karmila, suraya dan Nonie bersama keluarga Syed Hamidi, Syarifah Aniza dan Syed Haikal di dalam Jejak Karmila.













NAK ORDER TAK ??


EMAIL SINI


nilamhimawari@yahoo.com.my atau direct ke fb NIL






Monday, August 7

GERHANA BULAN SEPARA 8 OGOS 2017 , Solat Sunat Gerhana

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Bismillahirrahmanirrahim. Hai semua apa khabar. MashaALLAH baru ternampak posting artikel mengenai Gerhana Bulan separa yang berlaku pada esok hari iaitu selasa 8 Ogos 2017.

Kalau tak Nil pon tak tahu sal gerhana bulan berlaku bila. Dikatakan bila berlaku peristiwa sebegini , kita harus sedar akan keagungan ALLAH jadi perlunya lakukan solat sunat gerhana bulan. Nil dapat sumber sebenarnya daripada Mufti sabah. Lepas tu bila research baru tahu untuk dapatkan kenyataan yang betul. Tak nak silap.





PEJABAT Mufti Wilayah Persekutuan akan bersama Planetarium Negara mengadakan program cerapan dan Solat Sunat Gerhana bermula jam 12 tengah malam hingga 4.30 pagi pada 8 Ogos ini.

Memetik pengumuman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi laman web rasminya kelmarin, gerhana bulan separa akan berlaku pada 8 Ogos bermula 01.22 pagi hingga 03.18 pagi iaitu selama 1 jam 55 minit. Bulan akan bergelap kira-kira 30%. Semua umat Islam disarankan menunaikan Solat Sunat Khusuf di masjid / surau berdekatan, bersedekah dan perbanyakkan doa.

 Fasa gerhana

Permulaan masuk bayang-bayang penumbra
7 Ogos, 11:50 mlm
Permulaan masuk bayang-bayang umbra. Gerhana separa bermula
8 Ogos, 01:22 pagi
Kemuncak Fasa Gerhana Bulan Separa (30%)
8 Ogos, 02:20 pagi
 Tamat gerhana separa. (Bulan sudah keluar dari bayang-bayang umbra)
 8 Ogos, 03:18 pagi
Tamat gerhana penumbra (Bulan sudah keluar dari kawasan bayang-bayang penumbra)
 8 Ogos, 04:50:56

 Maklumat lanjut mengenai gerhana sila rujuk web Falak Online
(Encik Shahrin bin Ahmad; Ahli Jawatankuasa Falak Wilayah Persekutuan)

http://falakonline.net/semesta/2017/07/gerhana-bulan-separa-8-ogos-2017/



Nil creditkan ke laman web sebenar sebab benda ni bukan boleh buat main-main.

Solat sunat gerhana bulan Lafaz niat:

 أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Maksudnya; "Sahaja aku solat sunat gerhana BULAN dua rakaat kerana Allah Taala."

 Kaifiat: Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti berikut:

Rakaat Pertama

Takbiratul Ihram.
Membaca doa Iftitah.
 Membaca surah al-Fatihah.
Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
Rukuk dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
 lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
Membaca surah Ali-lmran atau mana-mana surah.
Rukuk dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
 Iktidal. Sujud dan membaca tasbih.
Duduk antara dua sujud.
Sujud kembali.
Berdiri ke rakaat kedua.


Rakaat Kedua

Membaca surah al-Fatihah.
Membaca surah al-Nisa' atau mana-mana surah.
 Rukuk dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
 lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
Rukuk dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
Iktidal Sujud dan membaca tasbih.
Duduk antara dua sujud.
Sujud kembali.
Membaca tasyahud akhir.
 Memberi salam.





Thursday, August 3

Cara masukkan background pada Template Denim #TutorialDesignBlog #NH

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Hai hai semua . Apa habaq ? Harap-harap baik belaka naa.. Ok haritu Nil ada kan bagi freebies coding denim. Selalu Nil amik order memang lama. Jadi Nil nak ajar korang untuk edit template denim ikut apa yang korang suka. 


Tempoh hari im create a video. But this time , ada benda yang berlaku. Need to uninstall again that application. So , tak boleh nak record. Its ok i ll help by screenshot all of things. But , later maybe after all are appear in a good mood , i ll show you how ya... I ll uploaded that video in youtube below my channel. 


Ok now , dah buka dan buat ke coding tu dalam blog ? Ada yang tak nak lagi sebab nak lengkapkan semua. Baru copy and paste. Ada yang dah buat tapi tak tahu lagi , step-step lain. Boleh tengok apa yang Nil buat ya... 


Ini adalah FREEBIES CODING memang kosong KLIK HERE


OK dah ikot tak step tuu ? Kalau dah ikut korang perlu pasang dan ikut tips bawah ni plak.




1. Mula-mula korang Login [ sampai di dashboard ]

2. Pilih Theme

3. Pilih EDIT HTML

4. Cari Coding ni.....

body { background-image:url(MEKAP), url(), url(background);
background-position:top left,bottom left, top left;
background-repeat:repeat-x,repeat-x, repeat ;
background-color:;
line-height: 1.4em;text-align: left;font-size:small;font-family:Century Gothic,Arial, Lucida Grande, sans-serif;margin:0;color:#000000;
}



Gambar macam atas ni. Boleh guna CTRL F dan masukkan word-word yang berkaitan untuk cari coding tu atau word 

body {

Dah Jumpa ke ???? Kalau dah jumpa... Boleh setting mengikut di bawah ni.

body { background-image:url(MEKAP), url(), url(background blog);
background-position:top left,bottom left, top left;
background-repeat:repeat-x,repeat-x, repeat ;
background-color:;
line-height: 1.4em;text-align: left;font-size:small;font-family:Century Gothic,Arial, Lucida Grande, sans-serif;margin:0;color:#000000;



MEKAP = Gambar bawah ni atas header yang ada barang2 makeup tu
BACKGROUND BLOG : Background stripes pink tula.. Boleh try.



Boleh rujuk gambar full Blog Nil kedudukan dia...



Another things is.. Untuk design makeup tu , make sure size dia sama dengan setting HTML HEADER 


Boleh Check coding macam bawah ni.

/* Header
----------------------------------------------- */
#header-wrapper {
margin:0;
padding: 0;
background-color: transparent;
text-align: left;
background: url(URL) no-repeat;
background-position: bottom;
height:420px;
}
#header {
width: 1050px;
margin: 0 auto;
background-color: transparent;
border: 1px solid transparent;
color: transparent;
padding: 0;
font: normal normal 210% Verdana, Arial, Sans-serif;;
}
 

Kalau korang letak header 1050 (width)
That Means , size atas tu pon kena jugak sama. Tinggi tu Nil letak 400

1050 x 400 untuk MEKAP design tu.


CHECK INI JUGAK YA , untuk ketepatan SIZE...


#content-wrapper {
font: 13px Verdana;
width: 1080px;
margin: 0 auto;
padding: 0 0 15px;
text-align: left;
background: url() repeat;
}
#main-wrapper {
margin-left: 30px;
margin-top :25px;
width: 700px;
float: left;
background: url() repeat;
}
#sidebar-wrapper {
margin-right: 30px;
padding-bottom :15px;
width: 280px;
float: right;
background : #fff;
display: inline; /* fix for doubling margin in IE */
word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */
overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */
}


Certain design and coding. Nil akan jelaskan for next part ya..Kalau boleh sekali dengan cara design , Nil akan ajar guna photoshop. Doakan semuanya baik2 ya.

Jangan lupa LIKE , KOMEN , FOLLOW  YA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...