Glowing ? Pakai makeup apa ? Produk apa ? Foundation apa ? - Rahsia Glowing NH "Murah je" - NILAM HIMAWARI

Breaking

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Sunday, July 2

Glowing ? Pakai makeup apa ? Produk apa ? Foundation apa ? - Rahsia Glowing NH "Murah je"

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Ehem-ehem , kalau nak mula menaip .. Ehem-ehem taip dulu. Dah kenapa aku ni. Haha apa-apa jelah. Yang penting skang Nil nak bongkar rahsia ni. Rahsia foundation , alat makeup apa ? Sebenarnya , Nil tak pakai produk mahal pon. Nil hanya guna apa yang ada jelah. Apa yang ada ? Bukan ., maksud Nil .. Yang berbaloi murah , tak rosak kulit. Ala semua produk ada je bahan kimia. Kalau takde pun , kalau kita sendiri tak cuci mekap lepas touch up , still jugak pori-pori tersumbat. 

Sebelum tu , sangat-sangat berterima kasih kepada yang sudi terjah blog Nil dan nak sangat Nil kongsikan. Siapa ada keyword lagi yang korang cari kat blog Nil. Kalau ada apa-apa lagi teruslah komen. Boleh Nil terangkan. Kalau keyword ni , tak tahu siapa.. Nak mention nama pun tak tahu.

Ini adalah beberapa keyword yang dicari oleh someone... HAAA , silent reader letew... Ok takpe. Nil nak bagi tips. Sebelum makeup , kalau rumah takde aircon , atau ada aircon tapi tak juga sejuk muka korang. Atau ,,, Huish banyak atau ni.. Atau , korang nak mekap tu tahan lama dan bila apply dekat muka , nampak rata je. Kemudian , gebu gebas serta tak berpeluh. Haaa , ini buat orang yang suka sangat berpeluh.

Nak bagitahu , ada satu produk ni yang Nil guna sebagai rutin. 1 set dan tak mahal tak murah. Sedang-sedang saja.. Penting tu , korang kena jaga juga kulit muka. Bila indoor atau outdoor. Outdoor tu korang pergi kelas ke , tak touch up sangat. Sekadar nak natural beauty. Itu next part lah ye. Nil nak cerita makeup dulu.

Nil tak demand mahal-mahal dan arahkan korang beli 1 set barang kosmetik. Bila habis nanti nak kena beli. Jenuh la tak leh nak budget. Lagi-lagi Nil pon student , kenalah saving kan. Sorrylah takut produk Nil harga dia terlalu murah. Tapi syukurlah setakat ni untuk Nil , takdelah sampai muka rosak. Setakat ni lah ... InshaALLAH.





Tadaaa !!! Nampak tak mascara tu (KUNING) , hemphh harga dia RM12 lebih kurang. Nil selalu shopping dekat my one shop. Ala kedai-kedai biasa pun ada. Memang sangat tebal dan padat pada bulu mata. Cuma yelah,.. Kena hati-hati takut comot momot...

Nampak tak yang silver tu , metalick.. betul ke Nil eja ni.. Asal boleh bagi imagine kan warna sebenar. Itu fungsinya untuk bawah mata eyeliner.. Untuk effect barbiedoll eyes. Cuma matanya agak tebal.





Ini pula yang second , ini foundation cuma agak ringan. Ikut muka jugalah. Setengah orang sesuai , setengah orang tak suka. Entah kenapa , Nil ok je. Tapi Nil dah kurang sangat pakai sebab jumpa foundation baru. Kalau sari ayu ni harga dalam RM6 tak silap.. Tak lebih la..




Haaa yang foundation baru tu , nilah... HUDABEAUTY. Bentul botol dan kena picit. So taklah membazir kan. Harga dalam RM22. Beli dekat pasar tani je hahahah , simple dan mudah. Tak demand nak ke tempat mahal untuk dapatkan.


Siyesly glowing.. Dan lembap serta wangi. KOrang cubalah pakai. jangan sekali alas je , 3 kali sapu.. Ok je tak habisla.. bagi tutup semua yang pelik-pelik dekat muka. Nipis-nipis je. Guna tangan .. sebab Nil takut guna span cepat habis. Span dia serap.. kalau nak effect lagi bagus.. Span yang tak serap sangat korang celup dalam air ais yang sangat sejuk.. kemudian perah lembap2 je.. kenakan foundation dan ratakan dekat muka. Memang glowing laa....





Haaa , apa plak tu. Bunga rambai ? Untuk apa. Banyak fungsinya dan caranya. Nil kalau mandi Nil letak dalam satu bekas.. letak air bancuh macam cucur je dan lumur satu badan. Kan bagus secara tradisional je untuk kulit putih dan keluarkan hitam-hitam..


Tak payah la mahal-mahal... RM 3.50 je. Kalau nak effect cepat , lumur satu badan lapikkan dengan kain batik. Supaya tak comot momot lah.. Semalaman.. Kalau ada beli , boleh baca pada kertas tu.. 



Makeup tu makeup juga , kalau ada alergic kena jaga. Macam Nil ada alergic , alergic pada sotong jadi kena sediakan sabun sebamed ni. Kenal pasti apa yang tak kena dan sediakan. Lagi satu potong je sabun tu. Takdelah rosak kena air dan tak payah la beli selalu. sebamed ni murah je , dalam RM22 tak silap.. Untuk sayalah..


Saya alergic pada sabun produk X ni , jadi bila guna dia jadi gatal-gatal satu badan. Perghh.. Memang cari nahas.. Nasib ada sebamed.




Ini semua set penjagaan Nil , tak banyak dan senang je bawa gi mana-mana. Eyeshadow pun biasa-biasa je. Dah terkopak la penutup dia , malas nak tunjuk heee...

Nampak tak ada wet tissue , baby wipes.. Bagus sebenarnya. Lepas makeup janganlah biar je muka camtu. Nanti mulalah jerawat jeragat. Terus je apply dengan wet tissue biar kulit muka boleh bernafas.



Inilah bedak compact saya yang kena dengan warna muka Nil...natural je.. Tak tepu dan tak tebal pun , ikut kulit mukalah.. Nanti putih pelik sangat pulak.. Tak mahal pun RM15 ke bawah je.




Ini pulak eyebrow.. Eyebrow ni memang brown.. Dan terbaiklah.. tak terang sangat dan mudah dibentuk ada sharpener... Murah je RM10 ke bawah.



Terbaik gila kannn !!!!! Semuanya murah dan senang pakai serta mudah dibawa. Tak payah mahal-mahal. Hasilnya cun melecun. Opsssss produk set penjagaan yang saya nak kongsi tu , tunggu next yee .. Stay Tuned !!


6 comments:

suliana yusof said...

Lipstik tak de ke? Akak banyak lipstik, lebih kurang 10 ke atas. Heheheh... Yang lain mcm foundation, eye brow, eye shadow, eye liner, blusher cuma ada serba satu jer...

NURUL AQIDAH AZAHAR said...

nice share...tak kisah murah ke mahal asalkan selamat digunakan pd kulit..

Siti Rohaida Yusof said...

ada jugak makeup set ni,akak ada bedak dengan lipstick je..hehehe

Nilam Himawari said...

@suliana yusoftakpe t g guardian best

Nilam Himawari said...

@NURUL AQIDAH AZAHARbetul asal boleh pakai

Nilam Himawari said...

@Siti Rohaida Yusofehhehee beli yang lain cuba plk

Post Top Ad

Responsive Ads Here