buat duit




Wednesday, July 19

Minggu Suai Kenal (List Blogger Blogwalking)

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Hai semua , minggu suai kenal bakal dijalankan. Kihkih. Bukan bakal tapi dah pun. Nil tengah kumpul senarai blogger yang belum pernah Nil terjah. Mana tahu kan. Kalau ada pun dan pernah terjah tu , Nil memang nak letak dalam senarai blog list yang aktif. 


Seronok juga kenal-kenal kawan dalam satu industri. Tak adalah syiok sendiri pulak. Hehheeik. Kalau ada nampak link dari blog NH di traffic source , meh la terjah ye. Yang lain nak blogwalking tu boleh la laju-laju klik terus link. Menang dah ada pautan Link. Baru je letak ni. Fresh lagi. Boleh je drop Link korang. Hari-hari terjah blog korang.

Seronok pula rasa. Nak terjah ramai-ramai hee.. Otw tengah kumpul senarai dari hari ke hari.

Image may contain: 1 person, closeup


Ehhh sempat lagi. Belanja sikit.

  1. http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/07/nak-mintak-tolong-boleh.html
  2. http://jmr23.com/2017/07/teknik-biakkan-duit-raya-anak/
  3. http://www.pinkymomma.com/2017/07/hari-hari-terakhir-beraya-di-terengganu.html
  4. http://www.arepnakbebel.com/2017/07/5-kelebihan-dan-kebaikan-yang-anda-perlu-tahu.html
  5. http://dia-honey.blogspot.my/2017/07/cerita-featured-in-astro-pm-live-obsesi.htm
  6. http://faceblogisra.blogspot.my/2017/07/simplysiti-mood-raya-lagi-ehhh-potongan.html
  7. http://ahmadzaki82.blogspot.my/2017/07/keputusan-piala-malaysia-4-julai-2017.html
  8. http://www.coretananuar.com/2017/07/peluang-buat-duit-online-menerusi-laman.html
  9. https://masterlatif.com/isteri-cantik-pun-kena-cerai/
  10. http://syazwan88.blogspot.my/2017/07/viper-challenge-2017-great-eastern.html?spref=fb
  11. http://ftndiana.blogspot.my/2017/07/elysium-by-jacqueline-k.html
  12. http://myramyra89.blogspot.my/2017/07/movie-war-of-planet-of-apes.html?m=1
  13. http://www.azlindaalin.com/2017/07/pump-it-breastfeeding-survival-kit-susu-badan-banyak-tiada-lagi-stress.html?m=1
  14. http://www.suriaamanda.com/2017/07/pot-luck-suka-suka-level-11.html
  15. http://www.shinilola.com/2017/07/takayama-japan-travelogue.html
  16. http://www.sayidahnapisah.com/2017/07/pageviews-blog-dah-menjangkau-4-juta.html
  17. http://www.lyssasecret.com/2017/07/uniknya-mrt-ni-dah-macam-kolam-renang.html
  18. http://www.raikankasih.com/2016/02/kisah-suami-puan-hafza-kena-strok-dan-kini-makin-pulih.html
  19. http://www.ieyra.com/
  20. http://www.ciksepet.com/
  21. http://www.syuhadasalleh.com/
  22. http://www.anajingga.com/
  23. http://www.erazfadli.com/
  24. http://miss-azwarsyuhada.blogspot.my/
  25. http://www.ninamirza.com/
  26. http://robiahtul.blogspot.com/
  27. http://www.sayabukancikgu.com/
  28. http://www.sayablogger.com/
  29. http://www.mummysupplementshop.blogspot.my/
  30. http://fernandoharith.blogspot.my/
  31. https://pokde.net/
  32. http://www.akupenghibur.com/
  33. http://www.sensasi2020.com/
  34. https://alongxp.com/

Just for this moment ! Having a good day

Image may contain: 1 person, smiling, selfie and closeup

TATATATATTA



Saturday, July 15

NH Hilang 3.2KG Dalam Masa 7 hari ? Gila Gempak !

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Hai semua , ok rasa gigil tau tangan ni nak menaip. Tau dak sebab apa ???? Sebabnyaaa cek turun 3.2 KG dalam masa seminggu ja. Seminggu , mean 7 hari tau. MashaALLAH bukan senang tau. Prinsip bagi Nil lah kan , kalau tak rasa terseksa tu .. Tak kuruslah. Kalau rasa terseksa tu baru ada hasil yang menakjubkan. Seksa ? Seksa apa ? Bukan sampai sakit atau admit ward tau. Tu seksa yang membawa kepada sakit. 

Nil pernah jugak buat diet adkin tau , tapi badan Nil ni jadi lemah. Haaa nak cerita meesti korang excited kan. Droplah komen nanti ye. Sharing is caring. Boleh nil story tentang korang dekat lain plak. Ok back to story , bukannya diet adkin ni tak bagus. Bagus tu bagus sebab ramai yang dah kurus dengan diet tu. Nil pon penah buat memang cepat lah. Shape memang nampak. Nil ni kalau tanya bab kurus , dah banyak kali. So , Nil dah ada experience tu. Nil terasa layak jugaklah nak share. Tak perlu sijil pape pun untuk sharing ni. Yang penting ada pengalaman dan kita dah lalui baru boleh kita nak cerita. Tak boleh nak main-main bab-bab macam ni.

Keadaan badan orang adalah lain-lain termasuk Nil. Memang Nil ikut diet adkin protein sahaja, Nil stop terus nasi tapi teruk gak lah, sebab badan agak terkejut. Terbiasa makan nasi tiba-tiba stop. Memang tak boleh la. Memang lah nasi banyak sangat karbo. Tapi penting karbo untuk badan. Tak boleh stop karbo. Macam badan Nil , dulu Nil susah tau makan nasi.



CERITA KENAPA TIBA-TIBA BOLEH GEMOK 


Nak dijadikan cerita lah kan , Nil dahulu kurus je.. nak tengok tak ?








Kemain kurus je dulu , tetiba sakit perut keracunan makanan time tu. Berat turun mendadak jadi agak risau. Nil diberi makan vitamin Appeton. Memang untuk bagi tambah selera makan dan bagus untuk badan kekurangan zat atau nak tambah berat. Tapi Nil plak salah makan. Orang sebiji sehari camtu , ikut caralah kan. Dah sedap , dulu budak budak lagi. Selagi selera makan bertambah. Fuhhh !

Nil pulak dulu susah nak makan nasi , kuranglah dah kurus. Bila sakit lagi kurus. Lepas amik vitamin , mendadak naik disebabkan Nil bedal nasi  dua tiga pinggan sehari. Memang susahlah nak control sebab selera dah bertambah. Last-last hasilnya seperti sekarang. 


Back to beginning. How to lost weight


Nil dah trauma setiap kali tengok badan sendiri dekat cermin. Semua jenis tayar spare masih ada dan nampak tak boleh ditutup. Paling paling Nil benci bila nak raya. Pilih baju je pasti tak boleh. Dan bila ada orang cakap Nil bawak anak , adik tu dia cakap anak Nil. Itu tak leh terimalah sebab yang tanya tu pun.. Tengok elok-elok adik kemain tinggi pada aku dikatanya anak. Tuttt Jugak la. Hahaha tapi rasalah muka aku ni tua ke ? Tak nampak macam 22 tahun ke ?


Nil pernah diet guna diet adkin. Memang turun tapi nil makan protein je dan stop minum manis-manis. Karbo pon takde. Sebenarnya tak boleh. Badan kita kena ada juga gula atau karbo untuk kuat dan digunakan. Kena seimbang takut jadi hipoglisemia. Atau Hipo. Kurang gula.. Kena jugak ada tak pasal pitam. Nil dulu rasa cekang habis bibir semua. Kerangka bahagian mulut ni rasa macam lenguh semacam. Rupa-rupanya darah rendah sebab badan dah lemah. Nil diet dulu makan ayam , tempura , chicken chop. Air pulak ice lemon tea untuk detox atau potong balik makanan tadi. Jadi badan perlu tenaga. Nil hilang kawalan tak tahu portion yang sihat dan seimbang macam mana.

Banyak pula Nil taip this time. 

Takpela sharing apa yang Nil dapat. Untuk pengetahuan , supplemen Nil susah nak percaya sangat lagi-lagi kapsul, Itu up to u guys kalau kena dengan badan korang.  Tak salah. Ada je yang makan supplemen terus kurus. Tapi risau lah kesannya nanti-nanti. Muda-muda masih kuat tapi bila lemah semua penyakit nak serang. Antibodi dah lemah. Nil bukan doktor atau medic.Tapi Nil cakap ikut apa yang logik dan benarnya mengikut pegalaman dan juga ilmu-ilmu pasal ni.

Pengalaman sangat penting. 

BERAPA LAMA AMBIL MASA TURUN 3.2 KG

Ok Nil buat dan start minggu lepas. Nil sebenarnya minum herbalife. Ada yang tahu tak herbalife. Pasti pernah dengar. Sebenarnya mindset kita ni psiko kita balik. Kalau ada something yang seiring , kita pasti manfaatkan benda tu. Tapi pastikan something tu adalah benda yang baik untuk kita. Janganlah pelik-pelik. 


Dulu Nil tak tahu pulak apa benda herbalife ni. Nil ingat herbalife ni something macam produk terus kurus dan sewaktu dengannya. Tak nak cakap lebih-lebih. Tapi ini pada pendapat Nil setakat ni. Nil bukan jenis yang mudah percaya pada produk. Kalau dapat review pon , lepas guna makin teruk Nil susah nak share dan tak akan share pon. Sebab kalau dah kena pergi share , orang guna. Tu aniaya orang namanya. Tak pasal berdosa aku sia-sia. Mati cam tu je.. subhanallah.

Nil kenal herbalife time ni tingkatan 6. Sbb kalau sebelum Form 6 Nil tak dibenarkan minum apa-apa produk atau ambil. Mak akan marah sebab nil masih muda tak elok cuba apa-apa lagi. Nanti process badan tak natural terus ikut hormon orang tua. Kena ikut umur. Dan ketika tu  , ada satu centre herbalife dekat penang. Kakak pula sebelum dah jadi agen tau. Dia selalu pergi minum. Nil cakap , kalau ok baru bagitahu.

Dia konsisten akhirnya kurus dalam 8KG jugak. Masa 2 3 minggu jugak. Dan Nil ingat ni sekadar untuk kurus. Sebenarnya untuk sihat untuk kulit dan untuk cantik serta awet muda. Bila tengok dekat center tu , ramai jugak mak cik-mak cik yang dah kerja dan balik dari masjid mesti datang lepak minum. Nil terbuka juga kepala otak waktu tu.. Nak tahu keistimewaan. Dan yang paling best , bila ajak orang kita dapat minum free. Kakak nak free dia ajak Nil. Thats why Nil tahu. Bagus. 

Kemudian ada program untuk 10 hari. Nil ambil dan bayar untuk minum 10 hari tu. Memang Nil konsisten pergi Gym. Baju lama pon dah boleh pakai time tu.  Memang lah kalau benda yang perlu keluar duit kita pasti manfaatkan rugi la kalau hangat-hangat tahi ayam,



HERBALIFE TERBUKTI UNTUK PESAKIT




Yang ni penting ! Nil pernah masuk centre kedua dekat penang. Ada sorang pak cik ni selalu datang. Diorang dekat center ni memang peramah . Tapi sebenarnya ini cara dan adat herbalife, Memang awesome. Ada zumba ada event. Nil akan ikut event ahad ni. Perkongsian daripada orang2 yang dah lostweight.

Pak cik tu cerita dia sebenarnya sakit jantung tak silap. Akan bedah. Lepas minum herbalife dah tak payah bedah. Uishhh , time tu baru terfikir betapa dasyatnya. Lepas tu herbalife ada beberapa produk tau. 


Setakat yang Nil pernah ambil pakej sebelum ni. Kalau pergi centre semua benda dia akan bagi. Sebab tulah Nil suka pergi. Kita kena minum semua benda tu. Kalau sendiri memang cheat lah. 




Yang bawah ni adalah Tea . Macam-macam perisa. Tea ni bagus untuk buang apa yang dalam badan. Macam Tea Hijau. Itu nanti Nil bongkarkan.





Bawah ni pulak Shake... Haaaa

Tak nak cerita lagi.. Next artikel






Next artikel Nil akan cerita apa itu shake , Tea , aloevera , cara nak buat bagi sedap. Cara nak minum. Untuk apa dan bagaimana nak turun dan juga apa nak dimakan. Alahai dah macam coach. Boleh je kalau nak masuk group. Nil dah jadi agen HERBALIFE. Nil juga boleh conduct cara korang secara personal.

Kalau berminat drop Facebook. Atau add je facebook Nil 

NILAM HIMAWARI. Lepastu kita share whatsapp. Nil boleh cerita everything U need. Create group. Kita boleh sembang-sembang dah sharing result. Nak kurus dah tak susah.


Tunggu Next. Nak Nil tulis apa-apa just drop Your komen. Nil akan storu untuk next artikel. 
Nak order pon boleh.

Thursday, July 13

Cara Buat Artikel di Blog , Post / Update [ For Newbie ]

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Hai para newbie dan khas untuk customer Nil yang order untuk design blog. Kebanyakan yang Nil design tak tahu langsung untuk update blog macam mana. Apatah lagi bab-bab coding. Ada yang Nil dah edit dah , dan tersilap tekan area coding. Last-last hancur. Tak dapek nak tolong. 

Boleh je backup kalau dah download file. Tapi Nil akan emailkanlah kalau korang request untuk elakkan hal-hal macam tu terjadi.

Ada yang belom ada blog , nak ada blog dan nama sendiri. So , Nil memang daftarkan semua dari A TO Z. 

Sekarang Nil nak bantu yang mana belom tahu. Yang dah tahu tuu pejam je mata hahaha. Ada kawan-kawan yang lain nak tahu. Jangan sangka benda ni pon nak buat tutorial ? Kalau 10 orang mestilah xlarat nak PM sorang sorang. Masalahnya tak sama.


Request something yang korang nak tahu Nil akan demo ok !





Harap-harap korang faham lah ye !


Selamat mencuba yaaa


|

|
|
|
|
|Tatata

Tuesday, July 11

Ketiak Terus Putih tanpa ragu-ragu selepas penggunaan !!

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Dapatkan di DISNI

Hai semua , saya ada baca keyword. Siapa tuuu yang cari pasal bedak ni , sila angkat tangan cepat. Hakak tak marah hehe ! Apa la aku syiok sendiri ni.. Ok pape pun , kenapa keyword pasal trisna dengan blog NH ada kaitan dan sangat hebat ... Sebab sebelum ni NH pernah jual bedak trisna ni.. 
Memang ramai lah yang cuba sampai ada yang text nil dekat facebook. Nak bedak ni lagi. Tapi macam susahlah nak dapat. disebabkan itu ramai cari bedak ni.

Bedak ni , kalau nak tahu since mak nil lagi .. Tapi masih lagi dipercayai sampai sekarang. Nak diceritakan , nil ni jenis suka beli produk tradisional. Such as jamu , atau yang berbaloi untuk kesihatan. Nil ada dengar , dan sangat percaya bahawa gadis-gadis beketurunan indonesia memang sangat pandai jaga kecantikan. Cantik-cantik gebu gebas... Itulah rahsia diorang. Produk diorang jarang ada chemical semuanya made by them..

Tapi , apa yang pasti ramai nak lagi. Nil ingat nak beli je satu kotak dan bagi , tapi takpelah. Ok skang kalau korang nak , korang kena pergi kedai jamu. Tanya bedak trisna tu ada tak ? Mesti ada punya.. ! Pasti tak cari lain hahaahaha 





Ini Nil edit dah lama ada dekat carian google.. source dari blog NH la. Tengokla sebelum masuk belajar , masyaALLAH design kau. Teruk benooooo ! Takpelah yang teruk tetap berguna baru je realise benda ni.


Ramai yang cari , benda ni. Nil pon agak terkejut lepas mandi. Tak sampai lah sejam pon. Kalau mandi bukan sejam lah kan. Memang ketiak hitam dah putih. Rasa macam "arghh gila lah" 

Nil susah nak promote kalau Nil sendiri tak yakin. Lepas tu kemain la nak jual. Sekali permintaan gila-gila.. Nak dapatkan stok memang Nil pon cari gak merata. Susah , jadi dah tak jual

Apa pun kena pandai cari kat kedai jamu.






Nampak tak biru tu adalah TRISNA yang pegang ketiak tu. Ok kalau bunga tanjung dan rambai , lain pulak kes. Lepas mandi boleh buat iklan. Sure , dah boleh buat iklan yang kaki xde bulu. Bukan luruh bulu. Tapi rasa kenikmatan satu badan. Nak habaq mai. 

Sesuai untuk orang yang dah kahwin misi memikat suami dan isteri. Eh semua boleh pakai la. Licin gitewwww. Mulussssssss Jangan terkejut sebab sangat terbaik dari ladang





Boleh tau sapu kat badan lapik kain batin. Esok bangun dah putih. Huishhhhh sesuai untuk orang yang nak kahwin , spa dari rumah dah tak payah bazir duit nak ke SPA. kalau rajin sesuailah korang. Buat selalu nak hasil mujarab...



Next apa plak yee ! Requestttt !

Friday, July 7

Ketupat Rendang Pergi Kelas Hari ni :)

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Huish  raya sebulan tapi Nil kejap je ? Huwaaa mencik tauuuu. Tapi cheq suka sebab dapat duit aye lagi... Hanpa dapat tak ? Tak kan .. Hahaha umoq 22 tak malu minta duit raya. Ceceh bukan tak malu tapi bagi Nil satu usikan yang dapat rapatkan hubungan silaturrahim. Cousin dah tahu dah...

"Habis la tahun ni , ada yang ngaku belum keja lagi , masih belajaq" 

Gelak diorang terfikir sepupu diorang yang masuk air ni. Apa pun tak perlu nak serius sangat. Kadang-kadang benda benda kecik macam ni lah yang dapat satukan yang jauh dan yang renggang. Caranya adalah ???? Minta duit raya ! Hhahahaha mana ada la... Gurau ja..


Apa dah jadi ni , tajuk blog kali ni.. Ketupat rendang pergi kelas ? Apakahhhh !


Image may contain: 1 person, smiling, standing and closeup


Sebahagian daripada baju raya. Hijooooo gitewwwwwww ! Hakak dah kata.. 


Kemain Screen shot dari facebook NH 






Kemain depa , tokok tambah bab ketupat rendang... Tahula mood raya tak habeh lagi..



Sunday, July 2

Glowing ? Pakai makeup apa ? Produk apa ? Foundation apa ? - Rahsia Glowing NH "Murah je"

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Ehem-ehem , kalau nak mula menaip .. Ehem-ehem taip dulu. Dah kenapa aku ni. Haha apa-apa jelah. Yang penting skang Nil nak bongkar rahsia ni. Rahsia foundation , alat makeup apa ? Sebenarnya , Nil tak pakai produk mahal pon. Nil hanya guna apa yang ada jelah. Apa yang ada ? Bukan ., maksud Nil .. Yang berbaloi murah , tak rosak kulit. Ala semua produk ada je bahan kimia. Kalau takde pun , kalau kita sendiri tak cuci mekap lepas touch up , still jugak pori-pori tersumbat. 

Sebelum tu , sangat-sangat berterima kasih kepada yang sudi terjah blog Nil dan nak sangat Nil kongsikan. Siapa ada keyword lagi yang korang cari kat blog Nil. Kalau ada apa-apa lagi teruslah komen. Boleh Nil terangkan. Kalau keyword ni , tak tahu siapa.. Nak mention nama pun tak tahu.

Ini adalah beberapa keyword yang dicari oleh someone... HAAA , silent reader letew... Ok takpe. Nil nak bagi tips. Sebelum makeup , kalau rumah takde aircon , atau ada aircon tapi tak juga sejuk muka korang. Atau ,,, Huish banyak atau ni.. Atau , korang nak mekap tu tahan lama dan bila apply dekat muka , nampak rata je. Kemudian , gebu gebas serta tak berpeluh. Haaa , ini buat orang yang suka sangat berpeluh.

Nak bagitahu , ada satu produk ni yang Nil guna sebagai rutin. 1 set dan tak mahal tak murah. Sedang-sedang saja.. Penting tu , korang kena jaga juga kulit muka. Bila indoor atau outdoor. Outdoor tu korang pergi kelas ke , tak touch up sangat. Sekadar nak natural beauty. Itu next part lah ye. Nil nak cerita makeup dulu.

Nil tak demand mahal-mahal dan arahkan korang beli 1 set barang kosmetik. Bila habis nanti nak kena beli. Jenuh la tak leh nak budget. Lagi-lagi Nil pon student , kenalah saving kan. Sorrylah takut produk Nil harga dia terlalu murah. Tapi syukurlah setakat ni untuk Nil , takdelah sampai muka rosak. Setakat ni lah ... InshaALLAH.





Tadaaa !!! Nampak tak mascara tu (KUNING) , hemphh harga dia RM12 lebih kurang. Nil selalu shopping dekat my one shop. Ala kedai-kedai biasa pun ada. Memang sangat tebal dan padat pada bulu mata. Cuma yelah,.. Kena hati-hati takut comot momot...

Nampak tak yang silver tu , metalick.. betul ke Nil eja ni.. Asal boleh bagi imagine kan warna sebenar. Itu fungsinya untuk bawah mata eyeliner.. Untuk effect barbiedoll eyes. Cuma matanya agak tebal.





Ini pula yang second , ini foundation cuma agak ringan. Ikut muka jugalah. Setengah orang sesuai , setengah orang tak suka. Entah kenapa , Nil ok je. Tapi Nil dah kurang sangat pakai sebab jumpa foundation baru. Kalau sari ayu ni harga dalam RM6 tak silap.. Tak lebih la..




Haaa yang foundation baru tu , nilah... HUDABEAUTY. Bentul botol dan kena picit. So taklah membazir kan. Harga dalam RM22. Beli dekat pasar tani je hahahah , simple dan mudah. Tak demand nak ke tempat mahal untuk dapatkan.


Siyesly glowing.. Dan lembap serta wangi. KOrang cubalah pakai. jangan sekali alas je , 3 kali sapu.. Ok je tak habisla.. bagi tutup semua yang pelik-pelik dekat muka. Nipis-nipis je. Guna tangan .. sebab Nil takut guna span cepat habis. Span dia serap.. kalau nak effect lagi bagus.. Span yang tak serap sangat korang celup dalam air ais yang sangat sejuk.. kemudian perah lembap2 je.. kenakan foundation dan ratakan dekat muka. Memang glowing laa....





Haaa , apa plak tu. Bunga rambai ? Untuk apa. Banyak fungsinya dan caranya. Nil kalau mandi Nil letak dalam satu bekas.. letak air bancuh macam cucur je dan lumur satu badan. Kan bagus secara tradisional je untuk kulit putih dan keluarkan hitam-hitam..


Tak payah la mahal-mahal... RM 3.50 je. Kalau nak effect cepat , lumur satu badan lapikkan dengan kain batik. Supaya tak comot momot lah.. Semalaman.. Kalau ada beli , boleh baca pada kertas tu.. 



Makeup tu makeup juga , kalau ada alergic kena jaga. Macam Nil ada alergic , alergic pada sotong jadi kena sediakan sabun sebamed ni. Kenal pasti apa yang tak kena dan sediakan. Lagi satu potong je sabun tu. Takdelah rosak kena air dan tak payah la beli selalu. sebamed ni murah je , dalam RM22 tak silap.. Untuk sayalah..


Saya alergic pada sabun produk X ni , jadi bila guna dia jadi gatal-gatal satu badan. Perghh.. Memang cari nahas.. Nasib ada sebamed.




Ini semua set penjagaan Nil , tak banyak dan senang je bawa gi mana-mana. Eyeshadow pun biasa-biasa je. Dah terkopak la penutup dia , malas nak tunjuk heee...

Nampak tak ada wet tissue , baby wipes.. Bagus sebenarnya. Lepas makeup janganlah biar je muka camtu. Nanti mulalah jerawat jeragat. Terus je apply dengan wet tissue biar kulit muka boleh bernafas.



Inilah bedak compact saya yang kena dengan warna muka Nil...natural je.. Tak tepu dan tak tebal pun , ikut kulit mukalah.. Nanti putih pelik sangat pulak.. Tak mahal pun RM15 ke bawah je.




Ini pulak eyebrow.. Eyebrow ni memang brown.. Dan terbaiklah.. tak terang sangat dan mudah dibentuk ada sharpener... Murah je RM10 ke bawah.



Terbaik gila kannn !!!!! Semuanya murah dan senang pakai serta mudah dibawa. Tak payah mahal-mahal. Hasilnya cun melecun. Opsssss produk set penjagaan yang saya nak kongsi tu , tunggu next yee .. Stay Tuned !!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...