buat duit




Friday, June 30

CERITA : RAYA 1 SYAWAL - NH Nilam Himawari 2017

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Ehem - ehem , dah lama tak menaip ni. Uish bila tengok tarikh last update , pergh lama tu. Mungkin tunggu raya agaknya baru nak berisi blog NH ni ye. Ada yang tanya , pergi mana .. hilang kemana. Updatelah selalu nak baca katanya. Alhamdulillah ada juga yang sudi berkunjung walaupun bersawang dah blog ni. 


Syukur alhamdulillah masih diberi kekuatan dan peluang untuk menaip kali ni. Di sebalik kegembiraan dan keriangan di dalam gambar tu , senyuman ahli keluarga , namun kami masih terbayangbayang ,, terngiang ngiang suara arwah nenek yang baru sahaja meninggal 2 minggu lepas. Hari khamis jam 9.15 malam , malam jumaat di bulan ramadhan. Dapat panggilan dari abang bagitahu yang nenek dah tak ada. Sebenarnya dah dapat agak sebab nenek memang dah sakit dah , tenat hampir seminggu lepas kami berniaga bulan ramadhan. Macam tu juga arwah abah tahun lepas , sakit bulan ramadhan juga. 

Tahun ni nenek pula. Kehilangan dua orang sekali. Tapi di sebalik cuba melupakan agar tak menangis dan teruskan kehidupan , mereka masih hidup dalam hati kami. Masih ada sampai bila-bila. 
Takpela , ALLAH dah beri yang terbaik. Arwah abah pon hari jumaat , nenek pon hari jumaat. Alhamdulillah.

Cerita raya tahun ni , kebetulan ada rezeki kemain lagi bersungguh nak cat rumah. Sampai jam 2 pagi Nil cat rumah tahu tak , tapi buat malam la. Sebab bulan puasa kan penat kalau cuaca terik gila , panas.. Jadi Nil cat malam.. dalam rumah pun deko sikit la kononnya warna biru. Sofa pon beli baru. Tahun ni semua nak pakai warna kuning sedondon. Kemain ye...

Aduhai semua dah elok dah , mak nak cakap time ni jugak.. Takpela mak , amik juga kikiki. Habislah aku kalau mak tahu ni , aku upload jugak gambaq ni. Mampuihhhh

Duk kira muka sendiri elok , selfish aku ni.... abang adik dah ok dah,...


Sebelum ni ada update gambar di facebook Nilam Himawari , ada yang tanya ,

"Eh open house ke , tak jemput pon nuhhh..."

Eh , tak adalah. Kalau nak tahu rumah Nil memang riuh daripada first raya sampai la sebulan. Pasti ada yang datang juga. Kalau satu family balik , mesti ada yang datang pula. Alhamdulillah rasa seronok sangat bila sanak saudara datang rumah. Seronok layan , seronok dapat jalinkan silaturrahim ramai-ramai.. Bermaaf-maafan

Ha, yang bawah ni kawan-kawan abang, adik semua....



Yang baju kuning , full kuning tuu .. Abang Nil.. Kemain ehhh



Ok , inilah dekorasi la sangat. Bukan mahal pon beli kedai murah-murah je.
Kita orang cat rumah sendiri tahun ni.
Buat elok-elok tahun ni , 



Yang bawah ni awek , haaa dia lah kawan sekelas satu skeolah menengah. Haa jemput-jemput makan. Kawan nak makan aku amik gambar , ginilah spontan tapi cute je,..



Ini pulak kawan-kawan sekolah dari form 1 sampai form 5 , SMK ST GEORGE BALIK PULAU.
Terbaik diorang ni tak pernah tak datang rumah Nil. Sayang hangpaaaa



Haaaa jemput makan... Jemputlah beraya...








Ini pulak anak menakan , Amnah nama dia , suka sangat main dengan dia .. Suka jerit




Hahhahahaha , tunggu turn ke nak salam , amboi mak dah siap tisu kat sebelah..





Saudara rapat , alhamdulillah... Selamat hari raya.. Terima kasih datang.




Ini jiran sejak kecik , kawan kakak.. Mak cik ..






Yang budak bawah ni , memang cute bahahahaha ! Masuk lam bakul angkat sendiri lerrrr






Fuhhh ! First syawal punya cerita. Baru nak update. Lambat laaa. Nak edit semua dulu baru update ye tak...??


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Ada cerita raya tak ? Mohon backlink nak baca !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...