buat duit




Tuesday, May 16

RiSES PERFUMES PERKENAL BAYANG OLEH KHAI BAHAR

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

RiSES PERFUMES PERKENAL BAYANG OLEH KHAI BAHAR

Kuala Lumpur, 3 Mei 2017 - RiSES Perfumes hari ini memperkenalkan wangian terbaharu, ‘Bayang oleh Khai Bahar’ dengan menampilkan bintang baharu Khai Bahar sebagai dutanya. Wangian tersebut merupakan edisi terhad edaran RISES Perfumes dan boleh digunakan oleh lelaki dan wanita.
Aroma ‘Bayang’ ini terhasil daripada inspirasi remaja yang masa kini dan ianya juga dicipta khas untuk mendekati peminat Khai Bahar yang semakin berkembang di Malaysia dan juga Indonesia. Antara kriteria yang ditekankan dalam penghasilan wangian ini adalah berdasarkan personaliti penyanyi tersebut yang sentiasa ceria serta mempunyai gaya hidup aktif yang amat bersesuaian dengan ‘Bayang’.























Pemilihan nama wangian tersebut adalah rentetan daripada kejayaan single pertama Khai Bahar sendiri iaitu ‘Bayang’ dan sebelum dilancarkan, RISES Perfumes telah menerima maklum balas yang memberangsangkan berdasarkan permintaan dan saranan peminat beliau melalui akaun Facebook dan Instagram beliau.

‘Bayang Oleh Khai Bahar’ merupakan alternatif kepada penggemar minyak wangi halal yang boleh dipercayai kesahihannya berdasarkan sijil pengiktirafan dari Jakim. Ia memberikan ketenangan fikiran untuk kedua-dua pengguna Islam dan bukan Islam. Penghasilan wangian ‘Bayang’ dipastikan dengan mematuhi keperluan syariah di mana wangian ini tidak mengandungi alkohol dalam memastikan ‘Bayang’ kekal selamat untuk kulit manusia serta kesesuaian untuk digunakan dalam menunaikan solat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif RiSES Perfumes, Ahmad Shauqi Abd Wahab “Misi kami adalah untuk menghasilkan wangian yang halal dan tahan lama, di mana kami menggunakan tumbuhan Patchouli yang menghasilkan bau yang unik dan eksotik ‘Bayang’. Selain itu, pemilihan Khai Bahar juga dapat menjadi sebuah simbol ke arah kehidupan yang aktif supaya dapat dijadikan inspirasi kepada seluruh kumpulan peminatnya”

Selain itu, RISES akan berada di Jakarta bersama-sama Khai bermula 15 Mei 2017 hingga 20 Mei 2017 sempena sesi jelajah promosi Khai dan sekaligus peluang ini akan dimanfaatkan untuk mempromosikan wangian ‘Bayang” ini beserta jenama-jenama lain keluaran RISES. Kolaborasi ini bakal memantapkan lagi jenama kesemua wangian RISES di pasaran Indonesia.

Keberanian dalam kesederhanaan, wangian edisi terhad edaran RiSES Perfumes ini boleh didapati di dalam bentuk 30 ml PARFUM berharga RM90 dan manakala pelbagai wangian eksklusif RiSES Perfumes EDP pula berharga RM 65 di pasaran tidak lama lagi.

Mengenai RiSES
RiSES singkatan untuk RichSmart Event & Services, adalah sebuah entiti korporat yang bertanggungjawab menyediakan pelbagai perkhidmatan korporat, pengeluaran produk dan penjenamaan wangian peribadi termasuk yang terbaru, Bayang Oleh Khai Bahar.

Kerjasama antara RiSES dan usahawan bumiputera telah bermula sejak 2011 lagi. Para pengilang bumiputera ini mempunyai kepakaran membuat minyak wangi selama beberapa tahun dan berpengalaman luas dalam menghasilkan minyak wangi halal yang diiktiraf oleh Jakim.

RiSES membuka peluang kepada usahawan baru yang berminat untuk melibatkan diri dalam industri minyak wangi dan untuk maju bersama-sama RiSES dan jenama-jenama mereka yang akan datang.
Ia bertujuan untuk memberi panduan dan berkongsi pengalaman sambil bersama-sama berjalan seiring membangunkan jenama masing-masing.

Peminat dan pengguna RiSES Perfumes boleh membuat pesanan untuk memiliki Bayang oleh Khai Bahar edisi terhad ini mulai sekarang melalui Instagram RiSES @rises_official atau Facebook 'RiSESPerfumes.

-Tamat-
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Nama: En Azuar Zabaruddin

Telefon: 019 232 3031 


Sunday, May 7

Studio Shooting : Fruit @ Potraiture Theme [ Still Life ] Lighting

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Alhamdulillah dimurahkan rezeki. Dan dipanjatkan kesyukuran , Nil masih lagi boleh menaip dengan jari-jari yang ALLAH kurniakan. Meskipun kita sebagai manusia tidak terlepas melakukan kesilapan. Namun ALLAH masih lagi memberi kita peluang untuk menyedut oksigen tanpa kurang walau sesedut pun. Kemudian , masih lagi menyayangi semua hambaNYA. 

Syukur sangat , walaupun dah lama tak update tapi masih ada untuk update juga. Berkongsi pengalaman setiap semester Nil berlajar sebagai pelajar. Tak mudah untuk mendapatkan sesuatu. Kita pun tak tahu nanti kita dapat kerja atau tidak. Jadi tak perlulah berduka cita, Kongsilah apa yang boleh untuk hargai diri kita sendiri. Penat-penat sahaja tidak cukup jika tidak menghargai apa yang kita ada.

Kehidupan Nil dah beralih arah 90 darjah. Daripada seorang blogger dan novelis kepada seorang student. Nil agak sibuk selepas sambung belajar dan ambil jurusan graphic design. Tak semua benda kita patut paksa diri kita kecuali kita minat. Jangan pelik-pelik sudah . Yang paling penting , mata duitan kahkah. Boleh jana duit, Tak salah mata duitan kalau tak mencuri ye tak. Buatlah dan janalah pendapatan asal rezeki tu halal.

Ok sebelum tu , Nil bersyukur sangat dapat belajar ilmu fotography dan juga , professional sebagai seorang graphic design. Alhamdulillah. Tak lah terror mana sebab nama pun belajar dan semua orang belajar, Nak merendah diri sangat pun tak boleh sebab siapa lagi nak hargai diri kita kalau bukan diri sendiri. Setakat mana mampu , itulah bakat kita. Huish panjang lebar. Maklumlah dua industri , dua dunia Nil berhenti. Lama tu 4 bulan. Ni pun baru dapat bernafas , walaupun final exam satu paper je. Belum lagi exam... Tapi happy gila dapat menaip....

Dua-dua bidang , yaitu blogger dan mengarang tinggal. Haaa bila dapat menaip , camnilerrr.


Oklah , semester kali ni . Nil hargai sangat lecturer Nil , selaku lect on Bach. Graphic Design. Sebab ajar serba sedikit penggunaan lighting dalam studio dan dah kenal benda2 dalam studio tu. Da terror pasang semua. Cuma nama-nama benda tu agak lupa. Tapi tak pelah asal boleh guna dan tak rosakkan.

Inilah hasil tangkapan kami , Nil edit juga. Hardest !!

Image may contain: 1 person, food and text

Image may contain: 1 person, food



Suka sangat tengok kesan air tu. Adeh nak tergelak juga kami berenam berhempas pulas dapatkan. Habislah dengan air mineral nak diperciknya lagi. Geleng kepala Nil. Tapi over all sangat best.

Pengalaman mengajar kami cara shooting. Epal yang Nil bawa , pilih. Naikkan warna sikit. Dan nampak cantik. Wieyyyyy !!!!!

Usaha tangga kejayaan kan ?

Tengah elok-elok shoot. Tetiba jumpa insan-insan ni tengah menjual sekitar kampus. Cun cun budak pastry. Apalagi , panggillah masuk studio. Diorang pun sporting. Love so much. Sebab bagi kerjasama dan juga nak dishoot.. Relakan diri. Tiada paksaaan dan suka sangat.

Terima kasih banyak atas kesudian mereka. Pandai possing. Thanks korang !

Image may contain: 2 people, eyeglasses

Image may contain: 2 people

#NhHimawari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...