buat duit




Wednesday, August 17

Agama Untuk Mencari Populariti Semata-Mata

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Syukur  sebab dapat kongsikan apa yang Nil baca daripada buku Resah Hati Rasulullah Saw terhadap umat. Sebelum ni Nil ada kongsikan artikel , artikel tersebut Nil baca daripada buku tersebut. Ha , bila baca artikel kali ni Nil pula yang tersentap dan rasa takut kalau-kalau cuba nak kongsikan benda yang bermanfaat tapi ada sifat riak dan nak SHOW OFF. Semua orang takut sebenarnya terutama para blogger dan juga penulis-penulis zaman sekarang. Semuanya berdasarkan niat. 


Tapi bila fikir balik kita ikut peredaran dan perubahan serta corak zaman sekarang , kita perlu ikut angin. Zaman sekarang kita dikenalkan dengan gadget , semua tak tengok mana dah , masuk je train , masuk je bas , teksi atau apa pun pengangkutan ,.. scroll je newfeed . Nak tengok. Jadi apabila kita ada gadget just share dan Like sampailah viral. Tu caranya nak berdakwah sekarang sebab typical manusia ni , lebih gemar tenung gadget sendiri. Jadi lebih tertarik ke arah gadget. Apa lagi , bila dah macam tu ,, kita manfaatkan benda yang sudah sedia ada, Nak tunggu anak-anak remaja yang agak kurang berminat hadiri apa - apa kelas ilmu.. agak sukar. Sibuk dengan kerja dan sebagainya. Jadi waktu rehat mereka adalah waktu yang sesuai untuk mereka baca atau buka apa-apa untuk dibaca melalui gadget. Dah tak payah buku.


Bagi yang sudah sedar , alhamdulillah. Kita bantulah. Sekurangnya ada niat. Kalau ada yang cakap "ek eleh kau nak menunjuk je tu" Kalau tak ada orang nak menunjuk tu , kau pun tak akan tahu benda yang sahih dan tambah ilmu tu sikit. Jadi kalau niat nak menunjuk pun sekurangnya ilmu tu dia sudi kongsi dan taip. Syukurlah. Jangan sebab takut riak , takut itu ini.. Kita tak nak kongsi sikit pun,, sebab beri alasan.. " Nanti orang cakap aku riak" "Orang cakap  buat- buat alim.."

Kadang-kadang ALLAH buka hati kita sentuh suatu buku dan kongsikan, Jadi apa dah terlintas benda yang baik kita terus sahaja lakukan. Selagi tak langgar batas, teruskan. Wallahualam,
Kembali semula kepada apa yang Nil baca. Best tau...

Sebahagian manusia menjadikan agama sebagai perantara untuk dikenali dan mendapat kemasyhuran  serta kedudukan yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Perkara ini adalah suatu yang sangat tercela di sisi syarak. Golongan sebegini adalah antara golongan yang pertama diadili dan diseret ke dalam neraka.


Credit Sini

Sabda Nabi SAW,

Golongan yang pertama diadili pada hari kiamat ialah lelaki yang menuntut ilmu dan mengajarkannya,  membaca (mahir dengan ilmu) al Quran , kemudian ditanya kepadanya : 'Apa yang telah engkau lakukan di dunia ? Aku menuntut ilmu dan aku mengajarkannya dan aku membaca al Quran kerana Engkau ya ALLAH. Firman ALLAH : 'Engkau berdusta , engkau menuntut ilmu dan mengajarkannya agar orang ramai mengatakan si fulan alim dan engkau membaca al Quran untuk orang mengatakan si fulan qari. ' Kemudian diperintah Malaikat  menyeret mukanya dan di humban ke dalam neraka." (HR Muslim : 1902)

Nabi SAW juga mengingatkan  tentang bahaya  yang akan menimpa sesiapa  yang belajar untuk kelihatan hebat  di mata masyarakat.

Sabda baginda :


"Sesiapa yang menimba ilmu untuk berbangga-bangga  dengan ulama,  atau untuk berdebat dengan orang bodoh , atau untuk manusia menumpukan perhatian kepadanya , ALLAH akan memasukkan dia ke dalam neraka". (HR Ibnu Majah : 260)

Ini adalah suatu keadaan yang membimbangkan , ilmu ketuhanan yang dimiliki tidak mendekatkan dirinya kepada  tuhan , tetapi sebaliknya menambah keangkuhan dirinya.

Hakikatnya seorang hamba yang hina yang dicipta daripada air yang hina iaitu mani.


Pernah dengar tak tentang laungan azan yang tidak didengar oleh malaikat Jibrail. Lalu ditanya kenapa tidak azan lagi ... ? Rupanya laungan azan itu diazankan dan ada unsur riak. Wallahualam. Boleh baca disini,
Credit kepada... beliau ,


Wallahualam. 


Jemput baca :

  1. http://nilamhimawari.blogspot.com/2016/08/hati-hati-mengikut-trend-kehidupan.html
  2. http://nilamhimawari.blogspot.com/2016/08/kebimbangan-rasulullah-saw-nisbah-1.html
  3. http://nilamhimawari.blogspot.com/2016/05/silap-tanggapan-untuk-beribadah-luar.html

STAY TUNED...


Friday, August 5

Hati - Hati , Mengikut Trend Kehidupan Yahudi Dan Nasrani

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Hari ni , awal-awal lagi keluar rumah tapi kelas tak ada . Walaupun tak ada masih ada kelas tersebut cuma lambat sikit. Jadi datang juga campus untuk selesaikan apa yang perlu. Tak nak kumpul-kumpulkan kerja. Nanti serabut. Last- last cakap dekat mak , yang Nil dah lama tak tengok televisyen. Kah kah !



Dah tu , buka je laptop .. Teringat charger. Yes ! Tinggal charger lagi ... Hermmm
Nil baca buku Resah Hati Rasulullah Saw lagi hari ni , tajuk yang terbaik yang Nil suka dan pilih hari ini ada kaitan dengan apa yang berlaku dan nampak sekarang. Takut juga Nil sebab bila baca baru sedar dan cuba muhasabah diri. Takut-takut diri sendiri ada unsur-unsur macam ni. Nauzubillah dan minta dijauhkan . Usaha untuk jadi yang terbaik.

Cinta betul dekat buku ni. 


Abu Said al-Khudri berkata , 

"Tatkala kami duduk bersama Rasulullah SAW , baginda bersabda 'kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, bahkan andainya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun kamu tetap akan mengikuti mereka.' Para sahabat bertanya, 'Wahai utusan Allah , apakah umat yang tuan maksudkan adalah Yahudi dan Nasrani?' Rasulullah SAW menjawab,'Siapa lagi (kalau bukan mereka)."

(HR al-Bukhari :3456)

Al-Munawi berkata,

"Hadis ini adalah perumpamaan bahawa umat islam akan mengikut tingkah laku Yahudi dan Nasrani di dalam melakuakn maksiat dan bukannya kekufuran mereka."

Antara perkara utama yang menjadi sebab ALLAH mencela Yahudi dan Nasrani ialah sebagaimana yang disebut di dalam surah al fatihah ayat 7 :

"Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurnikan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang - orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat."

Al-maghdhub (dimurkai) adalah celaan kepada yahudi kerana mereka tidak beramal dengan apa yang mereka ketahui, dan adh-Dhalin (sesat) adalah celaan kepada Nasrani yang beribadah tanpa ilmu dan petunjuk syarat.

Semua itu , kerisauan kita telah saksikan dengan mata kepala kita sendiri. Dalam kalangan umat islam hari ini , dapat mereka yang berilmu tidak beramal dengan apa yang mereka ketahui dan didapati mereka rajin beramal , tapi tak tahu asal usul ibadah itu.

Meraka amal ikut apa yang mereka sangka pada fikirannya amalan tersebut baik walaupun tak bertepatan dengan kehendak wahyu.



Wallahualam. Petikan di dalam buku Resah Hati Rasulullah. Alhamdulillah banyak manfaat yang Nil dapat. Dan Nil share. Betullah apa yang dikatakan. Kita main bedal je tulis merata tempat. Kalau ada masalah , kemain kita cari je ayat-ayat bukti dan tempekkan sedangkan kita tak cari apa masalah kita dan amalkan. Kita tak soal kenapa jadi macam itu dan macam ini.


Lagi satu , macam Nil sendiri dapat rasa dan lihat bila ada sahaja keinsafan tiba-tiba. Baru sahaja solat dalam seminggu kita dah nak mengajar itu ini. Tapi kita perlu istiqamah dan kita baca dan kaji betul -betul ayat ALLAH dan baca juga terjemahan al quran. Bagus kalau kita selalu baca AL quran kita baca terjemahan dulu. Jangan sekadar baca melepasi kerongkong dan tidak beramal dan ambil pengajaran. Ok.. Itu Nil akan share tentang Ilmu tersebut...

Baca hanya sekadar melepasi kerongkong.. Tajuk yang sangat best.
Syaitan iblis sudah berjanji nak sesatkan kita semakin kita usaha nak beramal nak beribadah makin bertambah ujian.. dan kita perlu semakin kuat nak lawan. Itu pasal kadang-kadang kita solat penuh dah nak riak , kita baca al quran sekejap dah kita nak kata itu ini , ajar itu ini.. tapi kita kena bersedia silap-silap kita tak tahan.. Sebab ujian kepada kita. Cuba kuat semangat untuk lengkapkan solat 5 waktu selama sebulan.


Wallahualam. Kita cuba sama-sama. Apa yang Nil cakap pengalaman pada Nil juga sebenarnya. Sangat-sangat kuat hasutan syaitan tu ada sahajalah nak bagi kita failed ke neraka dengan dia.

Sekuat manusia bukan yang angkat dumble tau.. dan bukan pergi gym.. Tapi kuat tahan nafsu.
Bukan mudah. Semua manusia ada kesalahan masing-masing janganlah give up kalau ada benda yang sangat teruk berlaku. Sebab itu ujian tu. Kaya pon ujian. Sakit pon ujian. Maksiat pon ujian. Yang penting cuba untuk berubah. 

Insyaallah allah dah janjikan kebahagiaan jika kita ikuti apa yang diperintah ALLAH dan sunnah Rasulullah Saw.


Nil bukan baik , Nil bukan wanita yang bertudung labuh. Tapi masing-masing nak berkongsi , masing-masing ada niat ke arah yang lebih baik. Siapa kat dunia yang nak ke arah yang jahat. Walaupun ada sahaja ujian yang berlaku dan terasa diri ini amat jahat sehingga rasa ada jelingan-jelingan manusia kepada diri ini , tapi hanya ALLAH yang tahu hati masing-masing. Macam mana kita sebenarnya. Itu semua ujian. 

STAY TUNED....

Tuesday, August 2

Kebimbangan Rasulullah Saw , Nisbah 1 Lelaki : 50 Perempuan

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim




Nil ada cerita yang nil belikan buku dengan baucer 1malaysia hari tu. Nil beli buku resah hati rasulullah saw. Rugi kalau tak kongsikan sebab nil jatuh cinta dengan buku ni. Kalau baca rasa macam , " Ya ALLAH , aku ni di tahap mana?" dan bila baca buku ni macam - macam kita boleh tahu. Nil berterima kasih lah kepada  Kemilau Publika Sdn Bhd. Sebab built buku ni , dan dapat faedahnya bila baca.

Tempoh hari Nil ada update tentang satu isi yang sangat bermakna. Hari ni malam ni , Nil nak share tentang nisbah 1 : 50 perempuan. Bukannya lelaki 1 tapi bakal datang suatu hari perempuan sikit berbanding lelaki dan nisbahnya kita dapat tengok 1 : 50 lah ,

Nil berminat dengan satu sebuah sabda.. hadis


"Antara tanda-tanda dekatnya hari kiamat ialah hilangnya ilmu daripada dada manusia, munculnya kebodohan di seluruh aspek kehidupan insan, tersebarnya perzinaan , ramainya perempuan , berkurangnya lelaki sehingga perbandingan jumlah penduduk bumi antara lelaki dan perempuan adalah seorang lelaki berbanding 50 perempuan." (HR al-Bukhari: 81)


Nabi Muhammad Saw memberitahu umatnya akan jadi fitnah dasyat menimpa kaum islam , muslimin. Kebatilan yang bersistem akan mampu mengalahkan kebenaran yang tidak bersistem.
Manusia saling bunuh-membunuh demi kepentingan, matlamat  duniawi, nilai nilai agama dan prinsip kehidupan dinafikan. Pihak yg kuat akan menindas yang lemah. Benar disalahkan , jujur dinista yang licik dan jahil dimuliakan. 

Muhammad Saw sangat bimbang fikirkan fitnah yang bakal timpa kita suatu hari nanti. Fitnah dasyat sesatkan kaum muslimah daripada jalan al haq ( kebenaran bersumberkan al quran dan as sunnah ).
Daripada hadis ini , terzahir hikmah kenapa ALLAH mensyariatkan poligami , tidak lain untuk selamatkan ramai wanita yang tidak bersuami daripada elakkan mereka menghampiri zina , terutamanya janda yang kematian suami. 

Nil baca jugak , katanya masalah yang bimbangkan adalah masalah anak dara tua yang agak membimbangkan. Wallahualam.


Itulah apa yang digambarkan pada kita. Fitnah yang berlaku pada diri kita sendiri sampaikan kita tak dapat nak buka mulut perjuangkan apa yang kita lakukan. Memang itu berpunca daripada kita. Tapi siapa yang bersubahat , siapa yang pandai putar belitkan keadaan dan teraniaya dek punca dan idea sendiri sebenarnya. Itulah dikira fitnah akhir zaman sebenarnya.

Siapa alami dia tahula.. Masih fresh fresh lagi Haha. Wallahualam Semoga ALLAH ampunkan doa sahabat-sahabat kita. Sejukkan hati kita untuk terima apa yang berlaku pada kita dan pada semua orang serta dunia. Kawan-kawan kita yang mati syahid teraniaya. Tapi doa-doa mereka ada menunggu di sana , syurga sebagai ganjaran. Wallahualam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...