buat duit




Thursday, July 14

Raya Tahun Ini , Setelah bergelar Student Tapi Best :)

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Dah berlalu hampir seminggu setengah 6 Syawal hari itu sekarang dah 14 Julai , 2016. Semua pakat kembali ke bandar. Best masih terasa lagi feel tu. Tahun ni , Nil rasa lain sikit sebab berpuasa di tempat orang dan agak kelam kabut sikit siapkan assignment. Tahun lepas berpuasa dekat penang lagi dan beraya dekat sana. Tahun ni terawih pon dekat KL. Rasa lain sikit. Sambutan. Yelah , nak balik kampung kelam kabut cari tiket takut habis ke TBS tu. Memang ramai. Bedal jela mana tiket yang ada kan. Tapi apa pun sambutan tahun ni tetap best dan sama. Abah Nil masuk ward masa bulan puasa tu. Tapi , kita orang macam biasa ja berpuasa. sambil teman abah di ward.

Raya tahun ni pun best sebab family makin ramai. Berbuka sama-sama. Abah pon semakin sihat. Alhamdulillah. Syukur nikmat. Raya pertama melaram sakan.



Raya pertama kenakan baju ala songket. Tudung mak yang belikan Instant Shawl. Yelah orang belajar sampai mak yang belikan tudung. Tak sempat katakan. Nasib mak beli kalau tak menangis aku.



Raya kedua. Pakai jubah dari Muaz. Area ChowKit. Murah sangat. tak silap RM 32 camtu , Cantik sebab berat. Memang susah nak pilih. Lawa lawa Oi.




Ini raya ketiga. Suka tudung ni sesuai dengan muka. Lagipun kerongsang tu berat, Cantik dan terletak, Tshirt hitam jelah. Tahun ni baru dapat seluar Jean. Seluar banyak dah longgar. Ehhh.. kenapa ya, Malas lah nak ngaku.


Abang ipar bakar lemang belakang rumah. Tahu aku kemana  Lari jelah asapppp kepuii kepuii


Sedapnyiee. Depa buat chek menkedaqah ahhaa. Faham ke idak. Takpe..




Habisla cerita raya Nil :) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...