buat duit




Monday, December 26

Senarai Blogger Top Di Malaysia

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Nil Ada post di facebook Nil


Nil dah blogwalking semua list blog disini. Kalau korang nak tambah kenalan , boleh letak link disini.
Mana tahu... Daripada sini , mudah untuk orang lain ke Blog anda..


If ada Nak copy semua Url Blog , boleh copy. Mana tahu nak masukkan dalam bloglist.
Jangan lupa credit to NH with this title

SENARAI BLOGGER TOP DI MALAYSIA , JOM 'BLOGWALKING' JOM 'LIKE' JOM 'FOLLOW' by NH


  1. http://www.syafierayamin.com/
  2. http://notashalimar.blogspot.my/
  3. http://www.suriaamanda.com/
  4. http://nonasani.blogspot.my/
  5. http://onlajer.com/
  6. http://www.iuzira.com/
  7. http://www.shuhaidakabdy.com/
  8. https://eyqahasnan.blogspot.my/
  9. http://lancareno.com/
  10. http://farhana-mohamad.blogspot.my/
  11. https://ramaramapendek.blogspot.my/
  12. http://yanieyusuf.com/
  13. http://alampauh.blogspot.my/
  14. http://yeopmaz.com/
  15. http://yanieyusuf.com/
  16. http://www.phat.my/
  17. http://adindabaizuramazlan.blogspot.my/
  18. http://miszrockers.blogspot.my/
  19. http://www.mizisempoi.com/
  20. http://www.ummizarra.com/
  21. http://www.broframestone.com/
  22. http://www.cekgunorazimah.com/
  23. http://puteri88.blogspot.my/
  24. http://nas-alphalipid.blogspot.my/
  25. http://jnjikita.blogspot.my/
  26. http://www.kasihjuju.com/
  27. http://khairulzamri.com/
  28. http://kokoadik.blogspot.my/
  29. http://anazarin.com/
  30. http://mummysupplementshop.blogspot.my/
  31. http://talktocayunkpinky.blogspot.my/
  32. http://www.anajingga.com/
  33. http://www.bloggerlelaki.com/
  34. http://abamkorie.com/
  35. http://www.diarymama.com/


Bakal Blogwalking



Harap selalu Ping Blog anda di GROUP KBM2017

SINI


Senarai di atas telah dipromosikan di fanpage ini dari hari ke hari


Feedback sangat memberansangkan.


Korang Follow Nil , backlink Ok. 
Follow back Follow IG NH : https://www.instagram.com/nh_nilamhimawari/ 
Follow Twitter NH : https://twitter.com/nilam_himawari 
Like Fanpage NH : https://www.facebook.com/bloggernilamhimawari/

Sambil-sambil Jom View NH sahut cabaran #Projek2017
Jangan Lupa Join..


Ni List yang Nil baru Blogwalking , banyak lagi. Harap-harap boleh habiskan...


Nak Masuk dalam List ni ? 
Beri Link anda di sini.
Komen , Follow dan Like Nil.
Nil akan backlink.
Masukkan ke sini.


Semua orang boleh follow dan blogwalking.

Saturday, December 24

Layan Smule Azie Kau Dalam Anganku Cover by NH

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Dah lama dah nak smule. Biasalah kalau rakaman hancur camne nak upload.
Takpelah saja lah.. Bosan.

Guna smule adik. Nasib baiklah smule adik. Kalau tak habis...

Tak sedap sorry..

|
|

|
|
|
|
|
|
|



 


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
||
|


Kalau pergi karaoke mesti belasah lagu ni..

Monday, December 19

NH NilamHimawari Di Mingguan Wanita Edisi 9-15 DEC2016

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim





Fuyooo , dah lama lah tak update blog. Bila belek balik , sah lah NH start update bila cuti semester. Kali ini hujung tahun 2016 pulak. Ya belum cuti semester lagi pun sebenarnya disebabkan final exam another 2 weeks. Revision week je sebenarnya. Tapi bagi Nil dah macam cuti semester. Sebab 2 paper. Walaupun 2 paper , tetap final exam dah susah.

Apa pun takpela. Yang penting NH still update. Dan terima kasih sangat sebab masih mengikuti Nil. Nil dapat feedback positif sejak nil berblog ni , dah 2016 dah pun. Nil menapak dan mula berblog since 2009. Cuma baru nak pandai tahun 2010 , dengan kehadiran blogger-blogger lain dengan tutorial masing-masing.

NH sebenarnya main-main je , jadikan hobi untuk berblog. Blog NH ni dah macam hidup NH dah. Kalau bosan , update jela. No paid review pun still update. Lebih kepada personal dan lifestyle. Agak-agak korang rasa NH lebih kepada apa ? NH rasa bebas. 

NH dapat mesej atau notis di instagram. Ada yang selalu stalk NH sampai Nh dah berjaya katanya. Bila sibuk dengan assignment diorang jaranglah nak STALK Nh. Dari situ NH dah bersyukur , diorang mengikuti perkembangan dalam diam. SILENT READER. LOVE U.. kalau tak bagitahu NH tak tahu. Bila tengok statistic every time , memang ada yang singgah. Terima kasih tak terhingga.

NH sebenarnya sejak dulu ada target NH sendiri. Ada yang tanya NH

"Sis , Nh.. macam mana nak jadi blogger?"

"Sis Nh , macam mana nak masuk majalah?"

"Sis , Nh macam mana nak jadi novelis ?"

"Sis, Nh macam mana nak jadi pelakon"

Walaupun NH sendiri tak pernah lagi jadi pelakon. Untuk pengetahuan semua , NH jadi blogger , Nh jadi student , dan apa yang NH kecapi hari ini adalah daripada usaha NH sendiri. NH tak pernah lagi tumpang populariti sesiapa. Walaupun NH jenis yang susah nak keluar ke event sebabkan personal life NH , tanggungjawab untuk keluarga amatlah perlu untuk kita pentingkan. 

Tapi walaupun begitu , NH cuba cari siapa NH yang sebenar.
Sejak 2009 NH tak ada masuk mana-mana kelab atau group lagi. NH selalu update blog. 
Sampai kena marah sebab tidur lambat. Yelah dulu NH pelajar sekolah. Tapi malam je and free je NH update dan berblog. Nh cari port2 yang boleh NH share siapa NH. sertai group-group.

Alhamdulillah , NH masuk majalah Remaja. Walaupun 1 per 4 dalam satu page. Nama pena lain time tu. NH target nak setaraf dengan blogger hebat lain. Walaupun Nh belum setaraf lagi sampai sekarang. Tapi Nh bangga sebab NH dapat geng blogger dan diorang kenal NH dengan gelaran Nilam Himawari.

NH dapat kenal bakat NH , bila editor MAJALAH YEZZ terbitkan cerpen NH. 
Kemudian , NH masuk dalam paper UTUSAN MALAYSIA. Selepas tu , NH cuba menulis cerpen seram dan cuba kembangkan bakat. Setelah itu terbit bersama SO PUBLISHING dan dibukukan dalam buku ANTOLOGI. Selepas itu , NH sertai event di KOLEJ NH.

Dan 9 Dec baru ini , NH dapat 3 gelaran setelah wartawan majalah MW masukkan NH dalam ruangan DEWI KAMPUS (PELAJAR IPT , MAHASISWA)

Selepas itu , NH diberi tanggungjawab untuk hasilkan novel daripada sebuah skrip. Iaitu Jejak Karmila. Dah masuk popular. Bolehlah beli. 






Terima kasih Sis Norhayati Suboh sebab sudi temubual Nil. I love u so much. Nil tambah koleksi baru dalam blog NIL. Terima kasih sebab sudi support Nil sejak dulu lagi. Silent reader, especially.

Sebenarnya , jadilah diri sendiri. Buat apa yang kita minat. Cuba bertanya.
Jangan harapkan orang lain. Usaha dan belajar sendiri.

Peringatan

Nak 1000 daya tak nak  1000 dalih.

Jangan tumpang populariti , cuba buat sendiri. InshaALLAH anda akan temui siapa anda dan jalanNYA.



Friday, October 21

Beli Barang Online di EZBUY.MY , Murah Gilerrr RM4 Je ????

Assalammualaikum Warahmatullahiwabarakatuh 


ezbuy.my



Hai semua , Hai guys. Have u heard "ezbuy" before ? Haa , korang mesti pernah shopping dengan "ezbuy" kan. Include me too. Nil pernah juga stalk "ezbuy" WEBSITE before this. The other things, Nil pernah jadikan "ezbuy" WEBSITE as reference for my assignment. COMMERSIAL WEBPAGE. Mostly Know and familiar like others commercial webpage. Lazada, murah.my, Lelong, 11street. 

ezbuy.my



For Your information, "ezbuy" dah dapat tempat di hati pembeli online. Online shooping experience with "ezbuy". I was like nothing to comment. Sistem "ezbuy" sangat efisyen. Sangat cepat dan teliti caranya. Sangat jelas dari segi cara-cara untuk buat pembayaran dan pembelian produk di "ezbuy"
Harganya jangan cakaplah. Memang terbaik. Best Cengginiii A+
Sebab tulah , Nil cakap taka da apa yang nak dikomenkan. Haaa.. Nak beli korang hanya perlu login guna FACEBOOK korang je. Dah tak payah nak daftar semua kalau dah ada akaun facebook. Easy right ? Just a simple way. Nak shopping tak payah la susah-susah. Enjoy je.

*Your order is guaranteed to be delivered in 10 working days within the Klang Valley area.
*For areas outside Klang Valley delivery areas, 12 - 14 working days standard delivery may apply.
*Enjoy free shipping and free delivery to your doorstep within Malaysia which including East Malaysia 
*7 days return policy

Statement above will make you feel good shopping with "ezbuy". Is it right ? So tak payah nak risau untuk beli belah di "ezbuy" dan jadikan"ezbuy" one of your favourite page. Cepat dan mudah je. Tak susah nak shopping di "ezbuy". Harga stated there serendah RM4.

Ok now , I will tell u bout benefits of using Prime service. U know right whats  that’s mean by Prime Service ? Prime service provided in"ezbuy" webpage untuk mudahkan semua customer. For example , awak perlukan barang dapur. Then u just click PRIME COLLECTION untuk tengok category. Ada yang khas untuk barang lampu je. Kalau korang pergi IKEA. Macam tu laa tapi ini ONLINE. Inilah buat "ezbuy" famous. Disebabkan ALL IN 1 CRITERIA.







Nil nak cerita lebih lanjut secara detail apa itu PRIME SERVICE dan the benefit. Prime service can be relate to the whole concept. Which means, if korang idamkan nak satu ruang bilik tidur. Apa je yang dah ditunjukkan “display” to u , korang boleh beli satu set lengkap tersebut. Banyak sangat tema yang korang boleh tengok by PRIME tab menu.  Dah tak payah nak tengok harga satu per satu. Korang boleh tengok total saved there. Haaaa !!! Taraaaa korang dah dapat satu set lengkap tu.


Ok now, apa yang menarik tentang "ezbuy" , mesti dah tak sabar kan ? I will touch this. Unique selling point. Dengar je mesti dah tahu betapa uniknya kalau shopping dekat "ezbuy". Dekat "ezbuy" terlalu banyak produk yang Nil suka. Pelbagai jenis yang ada. Nil rasa kalau Nil nak shopping dekat "ezbuy" lagi, Nil nak produk yang elegance sikit. Boleh pakai pergi kelas. Yelah semester baru ni kena lah ada yang baru. Tambah-tambah dari "ezbuy" kan ?

Kalau Nil , Nil nak shopping jumpsuits la lepas ni. Bagi kurus sikit lagi. Dah lama ngidam. Kalau ada dekat Nil sekarang guarantee nil akan pergi GYM  exercise sampai kurus. Heheik demi untuk JUMPSUITS dah lama tau nak beli. Harga RM 45.70 je.. Heheik suka





Lepas tu Nil nak beli kasut. Semuanya nak yang boleh match kalau pakai baju apa pun. Apa lagi kalau bukan white color. Selain dari black color match. Nak jugak Nampak menonjol. Kasut ni RM 14.90 murah je. Nice !






Apa lagi Nak shopping ? Necklace. Sebab pakai je baju macam mana pun. Pastikan sesuai dengan baju dan gaya korang. Semua baju boleh gunakan necklace ni. So takdelah diam dan bersawang je accessories dalam box tu. Price around RM10 haaa… Variety product right korang boleh beli. The other things , special is lowest shopping rate disebabkan yang paling rendah harganya.. serendah RM4.50/500g and No agent Fee. Itulah yang special tentang "ezbuy".







Prime Service macam Nil terangkan tadi memang terbaik. Korang boleh gunakan dan boleh tengok tutorial di page tersebut juga kalau nak guna di Mobile korang. Prime service memang sangat terbaik. Tak payah nak beli satu per satu produk. Beli je 1 set lengkap siap dengan diskaun yang diberi.


Lebih special , Korang boleh dapat 15% off shopping fee kalau korang gunakan this code “ezsh15”. Korang hanya perlu register untuk dapat RM15 ezbuy voucher. Fuhhh memang boleh dapatkan 1 barang di "ezbuy".












Tuesday, October 18

#SINGGAHWITHNILAMHIMAWARI "Food Review" GH CORNER AL IKHWAN RAWANG SELANGOR

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Mula-mula , Nil amat amat tertarik untuk review satu tempat ni. Hermmm. Nil memang suka makan dan sekarang dah makin booolattt Haha. Lepaih diet mesti la dugaan untuk makan tu susah untuk lawan. Takpa takpa. Anggap jelah "Cheat Day" Cheat la sangat ! Curang la sangat ! Kalau hari-hari curang , maka azam Nil terbengkalai sebegitu sahaja. Oleh itu kena buat laporan lah gamaknya.

Nil memang suka kalau dapat makan dekat tempat-tempat baru. Tapi Nil agak segan nak mencuba. Malu tapi mahu. Tapi kali ni , Nil dah tak malu disebabkan oleh GH CORNER adalah tempat terbaik yang pernah Nil jumpa setakat ni. Korang tahu tak AL IKHWAN ? Kalau tak tahu kena buat research siapa pengasasnya. Dan sejak bila. Memang terbaik. Memang memenuhi syariat islam. Dah tak perlu dah nak risau tak cuci dan sebagainya. Kalau korang masuk je GH CORNER. 

Secara automatiknya , mulut korang terlopong ternganga. Huish dah start buat ayat Novel. Kemainn dah tak lari dah sejak buku kedua keluar ni. Takpa.. *nampak tak ayat promote*
Sebenarnya lah , Nil susah sikit nak mencuba sesuatu makanan yang baru. Sebab Nil akan makan tak habis kalau tak boleh nak telan. Daripada bazir lebih baik Nil tak payah order kan.

Tapi GH CORNER dah buat Nil terpikat. Dah lama dah ajak kakak dan adik. Kebetulan agak dekat juga. Sebelum ni dengar-dengar je yang cakap situ murah. Chicken Chop tak macam tempat lain harganya. Semuanya pentingkan keberkatan. Bila korang masuk rasa nyaman je , rasa tenang je dengan layanan semua pekerja di situ. 

Kalau korang tengok televisyen di pusat AL IKHWAN , korang pasti terhibur dnegan apa yang disampaikan. Tak ada yang melalaikan. Semuanya team AL IKHWAN sendiri create filem-filem dan drama. Tapi semuanya best.

Ni memang dah jatuh cinta dah ni kalau review habis , bukan sekadar makanan. 

Ok tak naklah potpetpotpet Nak tunjuk sikit. Bagi korang terliur. Nil pernah ajak blogger lain makan dekat situ, InshaALLAH tak lama lagi




AL IKHWAN BANYAK CAWANGAN SEBENARNYA NAK TENGOK , BOLEH KE PAGE GH CORNER. LAST ENTRY INI,
















Harga sangat-sangat murah ! Tak sampai RM10 Chicken Chop. Spagetthi dalam RM5 je. Fuhhh terlajak laris .

INGAT MAKAN INGAT TUHAN


BANYAK CAWANGAN
KORANG BOLEH KE GH CORNER YANG BERHAMPIRAN

1. GENERASI HARAPAN CORNER (GHC) (Restaurant & Cafe Ikhwan ) Alamat : No 14 G, Jalan Matahari U5/AB, Seksyen U5, Taman Nusa Subang , 40150 ,Shah Alam, Selangor.

2.GH CORNER, Bandar Country Homes, RAWANG,SELANGOR

BOLEH KLIK LINK FACEBOOK UNTUK LIHAT SEMUA CAWANGAN GH CORNER

GH CORNER LINK


Biar Murah Asal Bergaya , "MAKEUP MURAH"

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Huish , berapa lama eh tak update ? Tak lah sampai sebulan. Masih lagi update cuma jarang lately. Bukan apa , kelas dah mula. Lepas tu kalau dah mula memang assignment time macam ni , mood nya sangat fresh lah Kan ? Nak tulis statement apa eh artikel Nil kali ni. Sebab nak cerita macam-macam. Yelah dah lama tak update ni. Macam-macamlah ceritakan. 

Apa pun Nil nak cerita apa yang terbaru bulan ni. Semuanya lah. Lepas tu , tak tahu apa nak mention. Tajuk huru hara. Haha ! Betapa huru haranya Nil tak ada kerja. Tengok gambar bawah ni.
Sebenarnya nak bagitahu yang Nil beli make up murah je. 

Korang guna make up apa ? Huish , jangan jawab ok. Sebab Nil tengok tutorial makeup, mesti ada ada je yang berjenama. Kalau produk review Nil faham la. Tapi kalau korang punya sendiri , Nil kalah la. Sebab Nil suka beli murah-murah je. InsyaALLAH kalau tak mahal pon takpe kalau muka tak rosak. Apa pun kita pakai , kita perlu bersyukur kita mampu juga beli.

Nak beri keyakinan. Janganlah sampai papa kedana. Apa orang cakap , biar papa asal bergaya ye ?
Bukan papa roger ok ? Hahak





Bila dapat makeup bawah ni , maka terhasillah muka acah gedik giteww.. Pastu sempat lagi main icon-icon. Yelah kita tak lawa nak tayang-tayang. Hahak sentap sendiri. 




Tu jelah Nil mampu beli , Total around RM30.
Tapi bagus gilalah maskara nye. Bulu mata tebal gitu. Tak payah bulu mata palsu. Nil ok je pakai. Takut juga kalau murah-murah bulu mata tertanggal. Haha takdelah.

Baca bismillah niat , yang kita pakai semampunye untuk beri keyakinan dan diberkati agar tak membazir. InshaALLAH. Allah dengar. Maka apa kita pakai orang nampak berseri je.
Cehwahh kau ,,, Nil

Acah baik. Haha . Takpe ngutuk diri sendiri. Daripada orang kutuk lebih baik kutuk awal-awal ye tak ?  kalau eyeshadow suka natural je dan boleh buat smokey eyes. Thats it,

Nil beli eyebrow marker. Dah tak payah shading segala. Nak pergi kelas cepat je. Coret-coret sikit, Tonyoh sikit je Kasi tone. di belakang dia plak ada eyeliner pen. Marker juga tapi runcing dan tirus.
Haaa senang sangat nak bentuk. Another Lips actually i love the most. Sebab kecil senang selit dalam poket. Saja beli.

Nak selit jugak ni. Jangan lupa beli Novel dan tengok drama JEJAK KARMILA.







Korang nak update yang latest ? Senang je. Kalau facebook boleh search dari carian tu #JEJAKKARMILA

instagram pon bakal trending

#JEJAKKARMILA 

The best ~~


Wednesday, October 5

Cara DIET Tak Tergesa-gesa , Tak Akan Bertambah Berat Badan Mendadak

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Hasil carian imej untuk treadmill

Nak mulakan diet. Tapi dalam keadaan risau disebabkan sebelum ni banyak kali dah cakap nak diet. Buat dan buat. Ada sekali tu pergi GYM ambil juga something untuk turunkan berat badan. Dalam seminggu pergi GYM dan meratah jugak lauk pauk. Ha , dah tak makan nasi kononnya. Seminggu berjaya 5KG sebab minum air , pergi gym. Tapi........ Ha bila dah tinggal. Kau qhase ? Habislaaa... 

Lepas tu try pulak diet adkin. Siapa cakap tak jadi , memang jadi.. Nil makan lebih kepada protein. Tapi Nil agak keliru nak makan apa pulak sebab Nil jenis yang cepat jemu dan tak suka telur saja dan rasa macam hanyir. Tapi boleh je makan. Tapi kalau setiap hari breakfast , memang lah tukar menu. Nil cuba makan chicken chop. Tapi kena lah tukar sebab kos mahal sebagai student. Nak tukar buah dan sayur , masalah nak pergi cari pulak. Larat sangat nak pergi beli setiap minggu. Nil pergi AEON nil beli ayam setiap hari. Tapi tak bagus sebab ayam kena suntik terus besar. Kita pulak makan je...

Habis tu nak makan apa ? Nil turun 2 minggu hampir 10 KG. Tapi Nil tak mampu , sebab rasa tak bermaya. Memanglah tak mati kalau tak makan seminggu pon. Sebagai student nak ulang alik naik train dan tenaga untuk fokus dalam kelas dan exam serta presentation dan assignment. Nil bila sampai je waktu exam , tak makan tak boleh. sebab berjaga kan ? Jadi malam lapar , esok exam baru nak study. So kalau tak makan mata tak segar. Makan la dan makan. Hermmmm.. 

Last-last , Nil tinggal habis diet dan juga tambah balik KG. Tahu sebab apa ? Sebab kita paksa diri buat itu ini. Bila badan dah letih dan terkejut , dan tertekan. Mula lah nak makan sehari berkali-kali. Semua nak bedal lepas geram sebab dah lama tahan tak makan benda sedap-sedap.

Cara DIET sebenar Nil :) Gud Luck

Kali ni Nil nak cuba alternatif yang boleh bantu Nil supaya lepas diet badan tak naik serta merta dan boleh tahan. Apa yang Nil tengok dan Nil dapat , nak diet sebenarnya tak boleh hari pertama atau seminggu tu terus pergi jogging , pergi exercise. Jangan bagi terkejut.Macam tulah Nil buat , tu yang terkejut habis. Haha !

Dalam sebulan tak exercise lagi pun takpe. Biar diet slow-slow.  Air minum 1 liter sehari. Dah ok , tambah jadi 2 liter sehari. 1 liter setengah pon takpa. Air tu yang turunkan KG sebenarnya. Tipu ? Eh belum cuba belum tahu. Biar penat ke toilet buang KG KG tu hee..


Lepas tu nasi makan ... 3 sudu besar pon jadilah. Lauk pauk apa apa pun tak apa. Sayur pastikan sedap. Nanti kalau tak puas , tak sedap .. mesti petang nanti korang cari makanan lagi, Cari nasi lagi, Satu senduk pon takpe. Jenis Nil tak minat nasi minat benda2 lain. Nil makan jugak tapi satu senduk pon dah ok. Nil tak minat sayur jadi Nil suruh kakak buat sayur pucuk dengan tauhun dan sahun. Betul ke ejaan tu ? Haa makan tu kenyang. Buat la masak lemak ke. Takpe... 


Kalau Takut Makan Banyak ? 

Kalau takut minum air dulu habiskan setengah botol , gerenti korang tak rasa nak makan dah nasi depan mata ataupun nak nasi tu sikit je. sebab perut kita ni suka tipu. Kadang2 dia dahaga je. Bukan nak nasi. Beratkan perut , ikat dengan batu... macam zaman nabi tu .. ada baca kisah tu.. Haaa. perut ni menipu. Tapi jangan cakap dia tipu berbulan. Habislaaa . Tak pasal Nil kena jail Nanti. hahaha

Minum air dulu.. baru makan , Ok. walaupun tercungap-cungap nak bedal nasi tu sampai licin. Nafsu tu tak nak bagi badan awak CUNN.. 


Perlu ke Beli PIL atau supplemen Atau apa2 lah.. 


Nil banyak mencuba. Tapi kadang2 tu effect dia cepat sangat. Risau juga dalam badan kita tak nampak jadi apa. Muda2 sekarang tak ada lagi komplikasi. Nanti dah tua  , antibodi dan collagen dah lemah, Mula lah ada kesan-kesan. Nauzubillah.  Jauhkan,

Nil selalu cari alternatif tradisional. Nil pergi cari air jamu , uncang teh Hijau,.. Haa. Air paling penting. Tapi Nil sarankan korang minum JAMU JELITA. Ambil yang untuk putih tu.. SEXY collagen tu, Jamu jelita. Sebab yang hijau tu , khas slim tu Nil tak tahan perut. Nil minum tu , ok... putih ,,, cergas dan rasa susut sikit. Makan banyak pon lawas, Biasa je...


Saranan... Lepas dah sebulan dah rasa lemak-lemak yang ganggu kita nak jogging tu , takut bergegar plak time lari. .. Haa , dah rasa macam kurus dan ringan nak exercise baru pergi, Sebab time tu kita dah biasa dengan diet dan dah boleh kurang dah makan syukur.

Saranan... Sebelum jogging masukkan OAT dalam air. Minum ... Selepas jogging minum juga sebelum makan. Sebab lepas exercise , lemak-lemak tengah terbuka. kalau terus masukkan lemak. Memang habislaaa.. gantikan Oat...

Lepas jam 7 atau 8 malam setkan.. Jangan makan dah Hee..


Jommm kita buat sama-sama . Nil tengah stabilkan. Semoga berjaya.  

Thursday, September 29

Pengubat Strok Atau Lumpuh

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Hai , bangun awal nampak Nil ni. Hujan lebat dekat luar rumah. Memangla , mana ada hujan dalam rumah. Terfikir pulak nak buat artikel tentang strok ni. Arwah abah Nil sebelum ni menghidap strok. Strok separuh badan sebelah kanan. Siapa yang alami sahaja memahami apa yang hendak Nil sampaikan. Bila kita dah dalam situasi tu. Kita nak cari penyelesaian. Tidak kiralah emak atau anak-anak. 


Sebenarnya kami juga mencari segala alternatif darisegi pengubatan strok. Ada yang cakap pergi buat sauna. Ada yang cakap pergi cucuk streoid. Ada yang cakap makan ubat ini makan ubat itu. Sebenarnya , doa dan keyakinan adalah penting. Ubat apa sekalipun kalau tak yakin tak berusaha untuk beri kepada pesakit , tak jadi juga. Kalau tak cuba jaga pemakanan pesakit tak jadi jugak.

Daripada pengalaman , abah Nil jatuh sakit pada 9 December 2014. Hampir dua tahun. Meninggal tahun ni. Nil nak berkongsi. Sebab ramai antara kita mencari alternatif. Ada yang cuba makan ubat dan tinggal ubat hospital. Tak boleh sebenarnya. Tetap makan tapi consume ubat lain sebagai ikhtiar. Angin ahmar ni jugak adalah unsur daripada syaitan wallahualam.

Dari kesannnya , kami cuba ubatkan abah ketika tu sehinggalah abah dapat peluang kedua untuk makan nasi semula seperti biasa. Bawa pergi jalan-jalan dan semakin segar. Walaupun tak 100% tapi abah dah hampir 70% sembuh. Boleh berdiri dan melangkah.

Arwah abah Nil bermula dari kencing manis dan hypo. Jadi kalau jadi macam tarik atau sawan tiba-tiba cepat-cepat cari gula atau pun madu. Sediakan madu di rumah dan air ais atau ais. Bila jadi sawan cepat jirus dan lumurkan satu badan. Jangan biar lama-lama, Tu kawalan takut tergigit lidah. Cepat-cepat letak madu dalam mulut. Kalau ada habbatussauda , cepat-cepat titik.  Tu untuk kawalan. Kalau dah ok takpa. 

Pemakanan kena jaga , jangan makan mee atau laksa. Dan sewaktu dengannya sebab bagi urat kembang. Kalau dah baik pon elakkan. Sebab tu akan bawa kepada penyakit asal balik. Lebih baik ubati dan cegah berlaku lagi.

Kebanyakan cakap , kenapa tak urut ? Pergi fisioterapi tak ? Macam abah Nil , arwah tak boleh diurut disebabkan kencing manis. Isi lembut dan juga cepat letih takut hypo. Jadi kami buat jugak , terpulang juga. Kalau nampak tak larat kami kena ada rest time.

UBAT PENYEMBUH YANG KAMI CUBA

Paling-paling disyiorkan adalah VIVIX SHAKLEE dan BEKAM.

Tapi mahal sikitlah. Tu lebih baik sebenarnya. Kalau tak mampu boleh cuba yang bawah ni. InsyaALLAH. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.



  • Habbatussauda

Hasil carian imej untuk habbatussauda titik


  • NaturalHerbs2
Hasil carian imej untuk jus naturalherbs

  • Air pusaran Laut (Kington)

Hasil carian imej untuk kington air pusaran laut

  • Madu
  • Bekam
  • Fisioterapi
  • Sauna
  • Ajar berjalan sendiri


Giveaway Mangkuk Tingkat by El Darwena

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Macam best je tajuknya. Haaa....

Bertingkek-tingkek ni. Mana tahu dapat ni boleh pergi camping HAHAHA 
Cute nyee... Pink tuuuu





Giveaway ini akan berlangsung dari 15 September hingga 15 October 2016 jam 11.59malam


Pencarian Bloglist AisyaAzman Sept & Oct 2016

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Fuh , nak join ni plak. Hehehhe rajin pulak Nil hari ni...



Pesanan Penaja!

Tiada syarat yang susah untuk bloglist kali ini. Cuma
  1. Buat entry bertajuk Pencarian Bloglist AisyaAzman Sept & Oct 2016
  2. Copy coding yang disediakan di bawah & pastekan di ruangan entry sebagai HTML
  3. Pastikan banner ini di link kembali kepada entry asal iaitu entri di blog aku. Sekiranya tidak, entry kalian di anggap tidak valid.
  4. Publish dan tinggalkan link entry kalian di ruangan komen di bawah
  5. Tarikh tutup adalah adalah 18 October 2016 jam 12.00am.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...