buat duit




Friday, October 30

Perjalanan Dunia Menyakitkan Namun Itulah kehidupan buat bekalan ^_^

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


 

Hari ini 30 Oktober 2015 , genap dua bulan aku lalui kehidupan di kota. Meninggalkan keluarga di sana , aku datang bawa kekuatan , jutaan kekuatan untuk tempuhi dan sahut cabaran ni . Berbeza pandangan disini di kota yang membawa lebih kepada kemodenan yang berlebihan. Disana aku hanya lihat kemodenan namun tiada kelebihan yang sangat menerujakan. Disini aku menjadi kental , jiwa aku terasa mampat untuk harugi semua di perantauan , Kononnya.


Wajah ibu bapa berlegar-legar mengingatkan aku apabila mata aku tertancap melihat 1000 kelainan rasa kehidupan di mataku. Ada yang berkata-kata supaya jaga diri , jangan jadi seperti lalang apabila ditiup angin. Namun hati aku berkata bangga , yang aku punya emak dan abah. Bagaimana aku boleh hilang dari ajaran sebenar. InsyaALLAH kataku selagi aku ada prinsip dalam hidup , tiada aku terbawa oleh angin yang menderu itu ditiup lalang.

Hilang rasa ketakutan apabila aku mahu berdepan dengan segala tembok manusia , bertapa ramainya manusia di sini. Dari semua negara , aku berkenal-kenal. Ya , disana jua aku mengenali manusia2 ini , tetapi aku lebih teruja jika dibandingkan disebabkan majoritinya adalah campuran dari negara lain.


Aku dambakan kekuatan dari segi fizikal dan mental untuk aku cuba biarkan diri aku lebih terbuka. Terbayang saat saat aku mula datang ke sini.

"Pina , cepat kemaskan baju. Hang nak sambung belajaq kat kuala lumpur sana" - Kata mak teruja.

"Ya , tapi tak kan nak siap-siap dah awal-awal". Betapa beratnya hati aku nak kemaskan barang semua, Nak tinggalkan abah dan nenek yang kurang sihat. Selalu aku yang uruskan bersama mak. Tapi aku harus sambung belajar setelah aku tempuhi STPM sebelum ni. 

Ya ALLAH betapa beratnya hati aku ketika itu.  Bagaikan kaki tak mampu melangkah terasa beratnya perjalanan kehidupan selepas ini.

Aku dengan berat hati kemaskan baju. Aku keletihan untuk terasa sedih lagi. Sungguh di dalam hati siapa yang tahu di saat aku menangis seperti itu. Teriakan dan jeritan batinku.

Abah sakit , kalau tidak abahlah yang temankan aku kesini . Bawa baju semua. Kali ni abang aku je ada , abanglah yang uruskan aku pada mulanya. Kemudian kak dan suaminya pon turut bantu aku. Nasib baik diorang dekat kl, tak lah aku terasa sunyi dan keseorangan di sini untuk belajar.

Aku memilih Bachelor of arts graphic design sebab aku minat sangat. Aku tahu apa aku dah azamkan untuk abah dan emak.

Sampai sahaja aku disini , aku menetap di dalam sebuah condo di Kl , MasyaALLAH tinggi ya amat , Nasib baik aku tak gayat mana. Aku berkenal-kenal dengan teman-teman aku disini. Yang paling rapat bagaikan adik beradik , sangat-sangat. Alhamdulillah , tak terasa kesunyian tu.

Tidur pun sekali , makan pun sekali. Best sangat ! Tak aku rasa sunyi dan terpinggir. Masa mula aku datang aku dapat rasakan diri aku susut sebab aku kan sangat rindukan abah. Rasa diri tenang apabila dapat dengar suara mak abah.

Disini , macam-macam manusia , lautan manusia dan perangai aku jumpa. Namun kentalkan hati sebab semua manusia tidak seperti hati kita. Mana boleh memaksa ! Alhamdulillah aku dah boleh uruskan diri aku sendiri. aku tidak risau lagi !

Aku cuma lebih bertegas kerana jika kita mengikut mungkin bakal dipijak kepala kan ? Jadi aku sudah jumpa diri aku bila aku berdikari. Pelajaran setakat ini alhamdulillah.

Namun dugaan hidup ada sahaja yang menduga. Jenis aku tidak suka bercinta dan biarkan orang nampak yang kita ini murah. Jadi aku simpan semuanya. Aku jadi perahsia. Aku diam-diamkan sahaja. Bercinta dengan orang jauh lebih afdal daripada dekat sebab bila kecewa kita bersyukur dia tiada disini, Kalau tidak asik kecewa dan terjejaas emosi.


Kini aku sudah tidak percaya kepada Cinta. Seandai ada jodoh ALLAH Bawakan dia untuk nikahi aku dengan cara baik setelah habis belajar insyaALLAH jika itulah erti kehidupan untuk aku. jIka aku berpeluang untuk kahwin. Jika tidak , tidak apalah jika umur tidak panjang.

Yang pasti aku sudah semakin semangat bila frust , makin frust makin kuat nilai positif dalam diri aku. Lepas ini , tiada lagi peluang untuk mereka. Aku akan biarkan diri aku cantik untuk diri aku sahaja. Untuk aku bukan untuk sesiapa. 

Kini , setiap petang kawanku akan temankan aku atasi rasa kecewa tu dan tolong aku untuk lebih berkeyakinan.. Yesss joging lagi !!!! 

Berakhir hari ini 30 Oktober !


Wednesday, October 14

Kehidupan sekarang 50 % Berubah ?

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Hem.. setelah bertahun , ceh bertahun ke ? Masuk belajar setelah habis STPM 27 Ogos . Sekarang dah 14 Oktober . 27 November ni cukup la 3 bulan . Kehidupan dekat penang dan Kuala Lumpur jauh bezanya. Kalau dekat penang dah tahu selok belok. Merempit je aku dekat penang tu . Naik moto ke sana ke sini. Mudah nak cari barang . Kalau dekat Kl ni agak susah la sebab nak hadapi Jem. Kalau naik bas ke , teksi ke memang la Sesak , kemudian kena saving. Sejak sambung degree kat sini , alhamdulillah nak cakap 100% berubah sebab kehidupan membujang tu tak lah.. 50 % je sebab lebih kurang je dengan penang. Tak rasa sangatlah..

By the way nak wish congrate to Syameel AF sebab student KLMU , Senior. Wah naib juara ye..




Kerjanya melukis je , wah best tak  ? Heheik sonok sangat dapat melukis tone contrast ni. Rasa macam artistik je Gempak tuuu..
Best sangat kelas drawing , 2 orang je kelas kami so best sangat . Dapat drawing !!
Technique charcoal on board ( black) Flora close up..

Next mesti lagi amazing...




Sebab tak berubah 100% ni lah buktinya, Abang ada kakak ada selalu jumpa , so biasa2 je...
Tak rasa sangat jurang jauh tu , walaupun 4 jam ke penang jadi balik kadang2 jela sebab tiket kan mahal..




G kelas la sangat  tak sah tak selfie oii ! Memang la kena selfie.. T tak yakin Ceceh . Poyo naaa.. Bhahaha Penang tetap ada.. Loghat tak hilang aihh.. cheq sedaq diqi lagi bahahaha ..



Kelas drawing selfie emmmm pandai 360 menipu kaannnnnn ?




Dating dengan abanggg ! Hhehehhe Best dapat jumpa family kat sini tak jauh mana pun... Yeehaaaa..


Itulah kehidupan yang dapat share setakat ni hehehe !!! Peace yawww..


Jangan lupa baca Novel Nil dekat Ilhamkarangkraf !! Jejak karmila Heheheh !!
Kemudian Nopen yang bakal diterbitkan Yeehaaaaaaaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...